Sumber: freepik (wirestock)
Apa itu kabus?
Kabus ialah wap air yang berada dekat permukaan tanah terkondensasi dan menjadi seperti awan. Hal ini biasanya terbentuk kerana hawa dingin membuatkan wap air terkondensasi dan kadar kelembapan mendekati 100%. Ia juga boleh terbentuk akibat aktiviti gunung berapi.
Bilakah waktunya kabus terbentuk?
Kabus biasanya terbentuk pada waktu malam.
Bagaimanakah kabus terbentuk?
Pada waktu siang, air sungai, laut dan tasik akan tersejat lalu membentuk wap air panas. Semakin tinggi suhu, semakin banyak wap air di udara. Pada waktu malam, suhu persekitaran sesuatu kawasan akan menurun lalu mengakibatkan kawasan tersebut menjadi sejuk. Di kawasan sejuk, kelembapan (wap air dalam udara) akan turun dan bergumpal. Apabila ketumpatan mencukupi, gumpalan wap air ini akan terapung di udara menjadi kabus dan menghampiri tanah sebagai embun.
Apakah perbezaan antara kabus dengan kabus?
Perbezaan kabut dan kabus adalah daya penglihatan di mana kabut lebih tebal berbanding kabus dan ia berbahaya terutama terhadap pemandu yang sedang memandu di jalan raya.
Kenapa waktu pagi musim luruh dan musim sejuk berkabus?
Waktu malam musim luruh dan musim sejuk lebih panjang daripada hari biasa. Keadaan ini memberi kesan kepada bentuk awan di mana pelesapan haba berlaku akibat kekurangan awan dan suhu menurun dengan cepat. Bermula larut malam hingga menjelang subuh, wap air mudah tepu dan wap air berlebihan akan bergumpal menjadi titisan air dalam udara iaitu kabus. Kabus menjadi lebih padat pada musim luruh dan sejuk kerana suhu yang sangat rendah.
Pembentukan kabus pada musim luruh dan musim sejuk.
- Biasanya waktu malam pada musim luruh dan musim sejuk tiada atau kurang awan serta angin bertiup perlahan.Ini mempercepatkan pelesapan haba dari tanah.
- Suhu tanah akan manurun dengan cepat.
- Wap air di udara berdekatan tanah akan mudah tepu dan wap air berlebihan akan diserap dari udara.
- Wap air daripada udara akan memeluwap menjadi lapisan titisan air.
- Dengan kandungan tertentu, titisan air itu akan membentuk kabus.