Ikan Layaran

Karakteristik

Ikan layaran mempunyai badan berwarna biru kelabu dan memiliki sirip dorsal menegak seperti layar. Struktur ini memanjang keseluruh bahagian belakang badannya. Ciri paling terkenal lain ialah muncung seperti tombak tajam dan merupakan ciri berbeza daripada ikan layaran lain seperti marlin.

Ekologi

Ikan layaran kebiasanyanya mendiami lautan panas di seluruh dunia. Kelajuan renangan ikan ini mencapai 110km/j dan ini membuktikan ia adalah ikan yang paling laju di dunia. Semasa berenang, ia akan menurun sirip dorsal untuk mengurangkan rintangan di dalam air. Goyangan ekor yang kuat dan struktur badan berbentuk aliran memberikan kelebihan renangan yang pantas untuk memburu ikan kecil.

Ikan layaran gemar memburu secara serentak dalam kumpulan untuk menakutkan mangsa dan makan secara bergilir. Formasi bukaan sirip kawanannya mengelirukan mangsa.

Cara ikan layaran memburu ikan kecil

  1. Ikan layaran mengesan sekumpulan ikan kecil.
  2. Menegakkan sirip dorsal untuk memberikan amaran pada ikan kecil.
  3. Ikan kecil akan berkumpul dengan bilangan yang banyak untuk menghalang serangan
  4. Ikan layaran berenang menghampiri kumpulan ikan kecil dan makan satu demi satu.








Post a Comment

Previous Post Next Post