Orang Utan

Orang Utan jantan

Orang Utan berasal dari hutan hujan tropika Malaysia dan Indonesia.Orang utan merupakan satu-satunya spesies beruk di Asia.

Orang Utan tidak berekor dan mempunyai telinga dan hidung yang kecil. Bulunya panjang,lembut dan berwarna keperangan. Bulu keningnya tidaklah begitu mudah dilihat manakala tulang mulut dan dagunya menonjol keluar. Kepalanya pula berbentuk bujur dan matanya bersaiz kecil. Orang Utan mempunyai lengan yang panjang dan kuat. Orang utan jantan boleh mencapai 1.5 meter tinggi dan berat 90 kg. Tangannya panjang sehingga mencecah buku lali, ketika berdiri malah boleh mencecah 2 meter jika tangannya diangkat ke kepala. Orang utan jantan mempunyai kantung di leher. Jangka hayat Orang Utan kira-kira 40 tahun dan paling lama 50-60 tahun di dalam kurungan.

Orang Utan mempunyai daya genggam yang kuat yang membantunya memanjat pokok dan bergayut dengan mudah. Lelaki dewasa mempunyai kekuatan genggam kira-kira 50 kg manakala perempuan dewasa kira-kira 31 kg. Tetapi kekuatan genggaman Orang Utan dewasa kira-kira 193 kg. Orang Utan mampu meretakkan tangan manusia dengan hanya bersalam.

Diet makanan orang utan ialah buah-buahan, bunga, daun dan kulit pokok. Kadang-kala mereka memakan serangga dan madu.

Orang Utan menghabiskan masa di atas pokok, tidur di sarang diperbuat daripada dahan dan daun. Ia hanya berada di bawah apabila perlu sahaja. Orang utan biasanya membina sarang dengan dahan dan ranting bersaiz 11-20 cm. Orang utan jantan hidup bersendirian, biasanya 2-6 km daripada betina. Aktiviti di siang hari adalah mencari makanan dan pada sebelah malam membina sarang.



Post a Comment

Previous Post Next Post