Burung Unta

Related image


Burung Unta ialah satu spesies burung Afrika yang tidak boleh terbang. Burung Unta mempunyai kaitan dengan burung kiwi dimana kedua-duanya di bawah order Struthioniformes. Burung unta ialah burung darat paling laju sehingga mencapai 70km/j. Ketinggiannya lebih kurang 2 hingga 3 meter dengan berat 60 hingga 150 kg.
Mereka hidup secara nomad dalam kumpulan  5 hingga 50 ekor. Ia sering kelihatan di gurun, padang rumput dan rimbunan pokok renek. Burung unta makan bijih benih, pokok renek, rumput,bunga dan kadangkala serangga seperti belalang juta.

Adakah mata burung unta lebih besar daripada otaknya?


Ia boleh dianggap betul dan ada juga sumber mengatakan saiznya sama. Diameter mata lebih kurang 5 cm dan paling besar antara vertebrata darat yang lain. Ini menjelaskan  mengapa penglihatan burung unta tajam dan boleh melihat pemangsa dari jauh.Saiz otak burung unta kira-kira 5.6cm panjang,lebar 4 cm dan berat 0.3kg iaitu kurang daripada 1 peratus berat badannya.

Adakah burung unta menyembunyikan kepalanya apabila berada dalam situasi bahaya?

Tidak! Kebiasaannya burung unta melarikan diri seperti haiwan lain juga. Jika berasa terancam atau dikepung ia akan menendang musuh dengan kakinya yang kuat, mematuk dengan paruh, mengepakkan sayap supaya kelihatan besar dan berdesis untuk mengancam.

Salah faham ini disebabkan:-


  1. Memburu atau berehat – Burung unta tinggi,jadi ia perlu merendahkan kepala di atas tanah untuk mencari makanan,bijih benih,,rumput dan serangga kecil.Ia juga makan batu kecil yang disimpan di dalam hempedal untuk membantu pencernaan.Selain itu,ia merendahkan kepala untuk merehatkan otot leher.
  2. Menggali sarang – Burung unta jantan akan menggali tanah sebagai ‘sarang’ untuk persediaan aktiviti mengawan.Itulah sebab kelihatan seperti menanam kepala dalam tanah.
  3. Memerhati ancaman sekeliling – Ia akan merendahkan kepala ke tanah untuk mengetahui gegaran jejak yang mungkin musuhnya.Jadi mereka boleh melarikan diri lebih awal.
  4. Sembunyikan daripada mangsa – Burung unta merendahkan kepala untuk bersembunyi daripada musuh dan bulu pelepah berwarna coklat sebagai penyamaran.Oleh itu,ia kelihatan seperti pokok kering dari jauh.





    Post a Comment

    Previous Post Next Post