Pelangi


sumber: freepik (wirestock)

Pelangi merupakan fenomena optik dan meteorologi yang menghasil spektrum cahaya di langit. Pelangi biasanya muncul pada siang hari selepas hujan turun. Pelangi terdiri daripada 7 warna iaitu merah, jingga, kuning, hijau, biru, indigo dan ungu.

Bagaimanakah pelangi terbentuk?

Pembentukan pelangi mempunyai kaitan di antara cahaya matahari dan titisan air. Apabila cahaya matahari terkena pada titisan air, berlaku proses pantulan dan pembiasan yang menghasilkan pelangi. Cahaya matahari yang masuk ke dalam titsan air akan dibiaskan dan dipantulkan. Cahaya matahari yang telah dipantulkan akan dibiaskan keluar. Pada ketika itu, barulah pelangi muncul.

Kita hanya dapat melihat satu jenis warna sahaja pada suatu sudut. Sudut pelangi dikira dari cahaya masuk titisan air dan cahaya keluar. Sudut pelangi warna merah ialah 42° manakala warna ungu ialah 40°. Warna-warna lain terletak di antara dua warna tersebut. Jika titisan air berada di titik 42°, warna merah akan terus masuk ke dalam mata. Warna-warna lain akan terpancar ke arah lain. Jika sekiranya titsan air berada di titik 40°, warna ungu akan terus memasuki mata manakala warna lain terpancar ke arah lain. Jika titisan air ini berada pada garisan yang sama, si pemerhati akan dapat melihat ke semua warna pelangi yang dipancarkan.

Mengapakah pelangi berbentuk separa bulatan?

Sebenarnya pelangi berbentuk bulatan penuh. Tetapi, bahagian bawah pelangi biasanya termendap di dalam tanah sebab itu kita tidak nampak. Oleh itu, pelangi yang kita lihat berbentuk separa bulatan.

Post a Comment

Previous Post Next Post