Legenda Vampire

sumber: Musical Vienna

Apa itu puntianak?

Puntianak atau vampir merupakan makhluk mitos atau kisah dongeng yang hidup dengan meminum darah manusia atau haiwan. Tanggapan biasa puntianak mempunyai gigi taring yang panjang dan tajam, berkulit pucat dan bermata merah. Menurut cerita rakyat dan mitos Barat, makhluk ini adalah mayat yang hidup semula, tidak akan mati dan mempunyai kuasa ghaib.

Salah Faham?

Kisah mengenai legenda vampir mungkin diilhamkan hasil daripada salah faham masyarakat terdahulu akan sesuatu kejadian akibat kekurangan ilmu pengetahuan. Antara insiden yang sering disalah ertikan mempunyai hubung kait dengan puntianak adalah:

Penguburan hidup-hidup

Akibat kekurangan ilmu pengetahuan dalam perubatan, insiden penguburan hidup-hidup seorang individu menjadi faktor salah faham ini berlaku.  Dalam sesetengah kes di mana terdapat saksi melaporkan mendengar bunyi berasal dari keranda tertentu, ia kemudian digali dan tanda kuku telah ditemui di bahagian dalam dari mangsa yang cuba melarikan diri.
Satu masalah dengan teori ini ialah persoalan tentang bagaimana orang yang mungkin dikebumikan hidup-hidup dapat terus hidup dalam tempoh yang panjang tanpa makanan, air atau udara segar. Seterusnya, penjelasan bagi masalah kebisingan adalah bunyi pelepasan gas hasil dari penguraian semula jadi tubuh. Tambahan pula, penyebab susunan makam yang tidak berurutan adalah rompakan makam

Rabies

Pada abad ke-18, wabak penyakit rabies tercetus di negara Eropah. Ketika itu jugalah ramai mendakwa berlaku aktiviti puntianak. Mungkin puntianak itu ialah manusia yang dijangkiti rabies. Disebabkan kekurangan fahaman mengenai rabies dan kepercayaan tahyul, ia dikatakan puntianak.
Tambahan pula, simptom rabies ada persamaan dengan ‘kesan puntianak’:
  • Takut pada cahaya.
  • Melakukan aktiviti nokturnal.
  • Bertindak balas dengan bau yang kuat.
  • Kecenderungan untuk menggigit.
  • Berjangkit melalui gigitan.


Apakah kelemahan puntianak?

  • Tidak boleh terdedah pada cahaya matahari kerana boleh mencederakan dan membunuh mereka.
  • Deria mereka sangat berbeza dengan manusia. Mereka sangat takutkan bawng putih kerana tidak suka dengan bau yang kuat.
  • Berdasarkan cerita rakyat dan mitos keagamaan tertentu, simbol agama dipercayai boleh melemahkan puntianak.


Fakta dan fiksyen terkenal puntianak

Puntianak membawa unsur seram dan tahyul. Bagaimanapun perwatakannya digambarkan seperti mempunyai simptom rabies, gangguan mental dan kekejaman melampau.

Drakula

Bram Stoker, pengarang novel seram dari Ireland memperkenalkan watak ‘drakula’ sebagai contoh klasik puntianak. Ia dikatakan berdasarkan kisah kekejaman Putera Wallachian Vlad III yang menggantung musuhnya pada palang kayu di bawah cahaya matahari hingga menemui ajal. Rakyat pada zaman itu memandang beliau sebagai penghisap darah dan kononnya berketurunan puntianak.

Kepercayaan bangsawan Hungary

Countess Elizabeth Bathony de Ecsed ialah bangsawan terkenal Hungary yang mempercayai mandian dengan darah gadis dapat mengekalkan kecantikan dan awet muda.

Asal usul perkataan ‘vampire’ (puntianak)

Menurut ‘Oxford English Dictionary’ penggunaan pertama perkataan ‘vampire’ dalam bahasa inggeris dari tahun 1744. Kemudian digunakan dalam travelog (kisah perjalanan) bertajuk ‘Travels of Three English Gentlemen’ yang diterbitkan pada tahun 1745. Ahli etimologi percaya terbitan perkataan ‘vampire’ berasal daripada perkataan Perancis ‘vampyre’ dan Jerman ‘vampir’. Ia digunakan pada awal abad ke-18 semasa perbicaraan Arnold Paole yang dituduh sebagai ‘vampire’ kerana menyebabkan kematian ramai orang dan haiwan.

Post a Comment

Previous Post Next Post