Hari ini kita akan membicarakan tentang zarah yang sangat halus di mata kita iaitu debu. Debu menjadi sumber kepada pelbagai masalah kesihatan seperti jerebu, asma, pedih mata dan sebagainya. Namun debu juga ada manfaatnya. Baik mari kita mulakan perbincangan kita pada hari ini.
Apa itu debu?
Debu ialah zarah-zarah halus yang terampai di udara. Debu amat kecil. Biasanya debu kurang daripada 100 mikron. Debu yang dapat dilihat dengan mata kasar dianggap debu yang besar, manakala debu kecil pula hanya boleh dilihat di bawah mikroskop berkuasa tinggi.
Adakah debu berbahaya?
Debu yang terlampau kecil boleh memasuki darah manusia melalui alveolus. Oleh itu, debu kurang dari 10 mikron adalah sangat bahaya terhadap badan manusia.
Dari mana datangnya debu?
Debu biasanya datang daripada tanah dan batuan. Apabila tanah dan batu dihakis, ia akan dipecahkan menjadi biji kecil, kemudian terapung di udara bersama bahan kecil lain. Inilah yang dipanggil debu.
Adakah kehadiran debu memberi manfaat?
Walaupun debu kelihatan leceh dan melemaskan tetapi ia tetap mempunyai kepentingan tertentu bagi manusia.
- Debu yang terapung di udara akan menyerap sebahagian cahaya matahari, kemudian memantulkan cahaya selebihnya. Debu bagaikan titik sumber cahaya (titik yang memancarkan cahaya ke sekeliling dengan sekata). Ia melemahkan cahaya matahari yang menyinari bumi. Jika tiada debu, manusia akan menerima sinaran matahari yang kuat secara langsung.
- Debu mampu memantul warna yang mempunyai gelombang cahaya yang pendek. Warna yang mempunyai gelombng cahaya yang pendek termasuklah warna ungu, biru dan hijau. Debu mampu memantulkan warna yang mempunyai gelombang cahaya yang pendek serta menyerap warna yang memiliki gelombang cahaya yang panjang. Jika tiada debu di langit, langit kita bukan lagi berwarna biru tetapi putih.
- Debu mampu menyerap air. Wap air akan melekat pada debu kemudian memeluwap menjadi titisan air. Jika tiada debu, awan, hujan dan salji tidak akan wujud. Jika debu tidak memeluwap menjadi titisan air dan jatuh ke bumi, lambat laun daratan akan menjadi kering.
Tags:
Lain-lain