Death Valley



Related image

Latar belakang


Death Valley merupakan kawasan tanah gersang yang terletak di California.  Ia merupakan sebahagian daripada Mojave dan Colarado Desert Biosphere Reserve. Sebuah kawasan yang paling panas, kotor dan rendah di Amerika Utara,merentasi Panamint hingga kawasan Amargosa. Majoriti lembah ibi adalah sebahagian Taman Negara Death Valley. Padang pasir ini juga merupakan tempat percubaan bom atom pertama pada tahun 1945.

Image result for death valley

Mengapakah Death Valley panas dan kering?

  1. Death Valley terletak 86 meter di bawah paras laut dan merupakan kawasan kedua terendah di dunia.
  2. Kawasan Panamint dan Amargosa melindungi lembah ini dari tiupan angin.
  3. Kawasan Nevada, Argus dan Panamint menghasilkan kesan bayang hujan. Ini bermaksud ia menghalang pembentukan hujan di lembah, meninggalkan 'bayangan'gersang di situ.
  4. Oleh kerana kurangnya tumbuhan di lembah tersebut, hanya sedikit sinaran matahari diserap. Ditambah lagi dengan lokasi yang rendah dan kesan bayangan, ia menghasilkan persekitaran yang sangat panas.




IKLIM, SUHU DAN HUJAN

Death Valley beriklim panas sepanjang tahun dengan sedikit hujan. Suhu Death Valley boleh mencecah sehingga 57°C dan turun sehingga 17°C. Jumlah hujan tahunannya ialah 60mm.

TOPOGRAFI

Lembangan dan banjaran.  Death Valley merupakan contoh terbaik topografi lembangan dan banjaran yang terbentuk oleh fenomena geologi dipanggil gerakan kerak. Pergerakan tektonik menghasilkan garis sesar yang akan membentuk gunubg, kawasan pertengahannya runtuh menjadi lembangan menghasilkan ngarai.

Image result for golden canyon death valley
Ngarai. Ngarai yang terkenal di Death Valley ialah Golden Canyon dan Mosaic Canyon. Oleh kerana persekitaran Deat Valley tiada angin, ngarai ini sangat panas.
Image result for kipas aluvium death valley

Kipas aluvium. Apabila air melalui ngarai, ia membawa batu, debu dan mendapan melalui kawasan sempit ngarai dengan kelajuan tinggi. Arus air dan batu terbenam membentuk lapisan berbentuk kipas dipanggil kipas aluvium. Ia berbeza dari satu tempat ke tempat lain di Deat Valley. Contohnya, di pergunungan Black, kipas aluviumnya bercerun tinggi dan di pergunungan Panamint, bentuknya lebih luas. Kipas aluvium berbentuk palung dan gelas juga wujud di ngarai lain.
Image result for gumuk death valley
Gumuk. Death Valley mempunyai jumlah gumuk yang sedikit berbanding padang pasir lain. Mesquite Flats terkenal kerana bentuknya yang unik


HAIWAN DI DEATH VALLEY

Death Valley bukan sahaja rumah kepada pelbagai haiwan merayap yang berbisa, malah haiwan liar lain. Ada haiwan yang hanya boleh ditemui di Death Valley. Antaranya:-
Image result for gray fox death valley
Rubah gray . Sering dilihat di dalam hutan, rubah gray  juga boleh dijumpai di Death Valley malah sering menjadi korban kemalangan jalan raya. Namun begitu, ia mempunyai cakar seperti cangkuk membolehkannya memanjat pokok dan hidup selamat.
Image result for rubah kit death valley
Rubah kitSering disalah anggap sebagai rubah swift yang lebih besar. Rubah ini nokturnal dan hanya berada di dalam lubang sepanjang waktu siang. Rubah ini mempunyai telinga besar untuk pentermokawalaturan dan pendengaran tajam.
Image result for devils hole death valley pupfish
Ikan pupfish devils holeIkan ini hanya ditemui di Devils Hole. Ia merupakan ikan padang pasir terkecil di dunia dengan saiz 25 mm. Pupfish mampu hidup dalam suhu air setinggi 93°C.
Image result for desert bighorn sheep death valley
Biri-Biri desert bighornTidak seperti biri-biri lain, desert bighorn lebih kuat kerana dapat menyesuaikan diri dengan padang pasir untuk hidup. Ia mempunyai kebolehan untuk mengawal suhu badan dalam suhu tinggi dan rendah ketika berada di padang pasir. Ia juga mampu hidup dengan jumlah air yang sedikit walaupun kehilangan 30% berat badannya.
Image result for coyote death valley
Koyote. Lebih kecil berbanding saudara terdekatnya, serigala gray. Koyote lebih menyerupai anjing secara fizikal. Biasa ditemui di Death Valley, pelawat dinasihatkan tidak makan ketika koyote berada berdekatan.
Image result for cougars death valley
Kugar. Berita tentang Kugar biasanya berita buruk. Kugar ialah pemangsa nombor satu Death Valley. Sifat yang gemar memburu secara diam-diam menjadikannya salah satu haiwan paling menggerunkan di Death Valley. Ia mempunyai ekor panjang untuk menstabilkan badan.
Image result for ular orok orok death valley
Ular orok-orok Mojave. Terdapat tiga ular berbisa di Death Valley. Ular paling berbisa ialah ular orok-orok Mojave, juga dikenali sebagai 'mojave green'. Ia mampu membunuh manusia dewasa dengan racunnya. Lazim ditemui di padang pasir dan kawasan bergunung. Ia juga diketahui mendiami kawasan selatan Death Valley.
Image result for bobcat of death valley
Kucing Bobcat. Saiznya dua kali ganda kucing biasa. Biasanya berwarna kelabu atau perang dengan tompok hijau jalur di seluruh badan. Ia merupakan pemangsa yang mudah menyesuaikan diri dengan persekitaran. Bobcat boleh ditemui di kawasan hutan, separa padang pasir dan tanah berpaya. Ada puak asli Amerika percaya jika bermimpi tentang Bobcat, seseorang itu bakal memiliki kuasa memburunya. 


Tumbuhan di Death Valley

Kebanyakan pelawat tidak menyangka terdapat pelbagai tumbuhan di Death Valley. Antara tumbuhan itu seperti berikut:-

Image result for monkey flower death valleyImage result for rock lady death valley
Di dinding ngarai. Pokok monkeyflower Death Valley (Mumulus rupicola) dan rock lady  (Maurandya petrophila ) sering tumbuh pada rekahan dinding ngarai. Ia sejenis pokok berbunga yang sering terlepas pandang di Death Valley kerana kedudukannya.
Image result for devils cornfield death valley
Devil's Cornfield. Arrowweed (Pluchea sericea ) yang ditemui di Devil's Cornfield pernah digunakan oleh Orang Asli untuk membuat mata panah dan sumber makanan.
Image result for bearpoppy death valley
White poppyPokok bearpoppy (Arctomecom merriamii ) sering ditemui di cerun berbatu kerikil dan dia atas gunung di Death Valley. Rupanya yang kelihatan lemah tidak menunjulkan kekuatan sebenar untuk hidup di padang pasir.


Image result for white shrub death valley
White shrub. Sej Death Valley (Salvia funerea) diliputi rerambut putih untuk melindungi diri dari iklim kering Death Valley. Bunganya sukar dilihat kerana dilitupi rerambut putih.


 PEMANDANGAN INDAH DEATH VALLEY



Related image
Death Valley merupakan kawasan paling panas dan kering di Amerika Utara. Namun pemandangan bunga liar di sini sangat indah pada musim bunga. Keadaan yang sempurna fiperlukan di mana hujan dan haba yang mencukupi serta kurang tiupan angin. Musim bunga liar bermula Mac hingga April. Pada 2005, cuaca di Death Valley sangat srmpurna hingga menghasilkan 'super-bloom'kali pertama sejak sedekad lalu.
Image result for wonderful of Zabriskie Point
Zabriskie Point ialah tempat paling penting di Death Valley. Ia merupakan tasik kering berusia berjuta-juta tahun yang wujud sebelum Tasik Manly. Kawasannya terdiri daripada gunung dan batuan enapan dengan warna berbeza bergantung pada komposisi mineral.
Image result for wonderful of Eureka Valley Sand Dunes
Eureka Valley Sand Dunes meliputi kawasan lapan kilometer persegi tetapi boleh naik setinggi 200 meter iaitu tertinggi di California. Eureka juga terkenal dengan 'pasir berdengung'yang terhasil melalui pergerakan pasir di gumuk. Panorama matahari terbit dan terbenam di gumuk ini sangat terkenal kerana keindahannya. 

Image result for beautiful sky of death valley
Death Valley mempunyai malam paling gelap di Amerika tetapi pemandangan langitnya sangat cerah dan indah.



Post a Comment

Previous Post Next Post