Gurun





Image result for GURUN

Gurun ialah kawasan pasir tandus yang tiada hujan atau tumbuh-tumbuhan. Kira-kira satu pertiga daripada permukaan bumi ini gersang atau separa gersang. Bentuk tanah lain di padang pasir termasuk pantai, bukit asir, kolam penyejatan garam.

Bagaimana Gurun Terbentuk?

Iklim gersang dan angin kering diperlukan untuk membentuk gurun. Tumbuhan tidak dapat hidupp di  tanah kering ddan akhirnya ia dilitupi pasir dan batu kecil. Setelah angin bertiup untuk beberapa tahun, batu kecil dan pasir akan terkumpul menjadi bukit pasir dan pantai meliputi permukaan bumi. Akhirnya terbentuklah muka bumi gurun.
***PEMBALAKAN  tidak terkawaldan PEMUSNAHAN padang rumputmenyebabkan air kering. Pemanasan global juga menambahkan keluasan kawasan gurun.***
Suhu di padang pasir ketika siang dan malam sangat jauh berbeza. Pada waktu siang, cahaya matahari memancar terus ke kwasan gurun dan suhu boleh menjangkau 45°C. Pada waktu malam pula, suhu sangat sejuk dan boleh turun hingga bawah takat beku pada musim sejuk.

Pembentukan Bukit Pasir

Di gurun juga berlaku proses pemendapan yang membentuk bukit pasir. Debu-debu pasir yang terbang dibawa angin akan terkumpul di kawasan yang kurang berangin.
Dengan melihat bentuk bukit pasir, kita dapat mengetahui arah tiupan angin. Di kawasan angin bertiup, kecerunan bukit pasir berkurangan. Manakala di bahagian sebelahnya pula mempunyai kecerunan yang lebih tinggi. Ini kerana bukit pasir bergerak sedikit demi sedikit mengikut arah tiupan angin.

Klasifikasi gurun.

Gurun diklafisikasikan mengikut jumlah kerpasan dan jumlah hari kerpasan dalam setahun suhu serta kelembapan.:-

Gurun angin pasat.  Angin pasat ialah angin kencang yang bertiup menuju khatulistiwa dari arah timur laut atau tenggara meniup awan pergi. Cahaya matahari akan memancar  terus pada gurun dan kelembapan akan tersejat serta merta.

Gurun Iklim Sederhana.

Gurun Lindung Hujan. Selalu dilihat bersebelahan gunung. Disebaban ketinggian gunung, kawasan hadap angin gunung mendapat hujan tetapi sebaliknya untuk kawasan lindung hujan. Biasanya kawasan lindung angin menerima cahaya matahari kuat tanpa hujan dan gurun akan terbentuk.

Gurun Pinggir Laut.  Gurun pinggir laut biasanya boleh ditemui di pinggir barat kawasan benua yang dilanda arus sejuk dari kawasan kutub. Kabus sejuk akan menghalang cahaya matahari dan kawasan persisiran hanya menerima sedikit kerpasan.

Gurun Purba.  Ada kawasan hutan hujan tropika era moden yang asalnya gurun pada zaman dahulu. Gurun purba ini mungkin lebih kering berbanding gurun yang ada sekarang. Kebanyakan gurun purba hilang dan hanya fosil ditemui. Ia boleh member maklumat muka bumi kawasan tersebut.

Gurun di planet lain. Dalam sistem solar, Marikh ialah satu-satunya planet yang dikenal pasti mempunyai gurun.

Gurun paling besar di dunia

Gurun
Kawasan (kilometer persegi)
Lokasi
Guru Sahara
9,400,000
Afrika
Padang Pasir Arab
2,330,000
Semenanjung Arab
Gurun Australia
1,371,000
Australia
Gurun Gobi
1,295,000
Utara dan barat laut China, selatan Mongolia
Gurun Libya (Gurun Barat)
1,100,000
Libya
Gurun Kalahari
930,000
Botswana, Namibia dan Afrika Selatan
Gurun Patagonia (Padang Rumput Patagonia)
670,000
Argentina
Gurun Rub’ al Khali
650,000
Arab Saudi, Osman, Emirirah Arab Bersatu dan Yaman
Gurun Taklamakan
337,000
Barat laut China
Gurun Great Sandy
267,250
Australia
Image result for gurun sahara
Gurun Sahara

Gurun Sahara
Terbentuk kira-kira 2.5 juta tahun dahulu Dan terletak di Utara Afrika. Gurun Sahara merangkumi 32 peratus kawasan Afrika. Perkataan 'Sahara' berasal daripada bahasa Arab bermakna padang pasir. dengan iklim kering, Gurun Sahara dianggap salah satu tempat paling sukar didiami haiwan dan tumbuhan
Info----Gurun Sahara merupakan padang pasir terbesar di dujia. Saiznya kira-kira setengah juta kilometer persegi lebih kecil daripada jumlah kawasan Amerika Syarikat.
Padang Pasir Arab.
Terletak di Semenanung Arab. Padang Pasir Arab merupakan gurun kedua terbesar di dunia. Muka buminya termasuklah bukit pasir yang panjang dan pelbagai bentuk pasir serta batu.

Gurun Libya
Terletak di Timur laut Gurun Sahara. Gurun Libya terbentang Dari tengah dan barat Mesir me Timur Libya. Sebahagian besar muka bumi gurun ini terdiri daripada pasir dan menara batuan atau dipanggil hamada. Toga lautan pasir (Great Sand Sea, Calanshio Sand Sea dan Rebiana Sand Sea) melingkungi satu perempat gurun ini.

Gurun Gobi
Gurun Gobi terletak di utara dan barat laut China, juta selatan Mongolia. Is merupakan gurun paling utara di dunia. Gurun Gobi ialah gurun terbesar di Asia dan keempat terbesar di dunia. Dalam bahasa Mongolia, 'Gobi' bermaksud tempat tanpa air. Namun gurun Gobi sebenarnya mempunyai tasik laut masin dan air bawah tanah.

Gurun Patagonia (Padang Rumput Patagonia)
Terletak di Argentina, republik persekutuan yang terletak di tenggara Amerika Selatan. Selain gunung berapi dan puncak bersalji, glasier juta dalam hutan ini. Hutan purba juga ada di Gurun Patagonia.
Selain daripada fossil enam makhluk tidak dikenali, tempat ini juta terkenal di mana saintis menjumpai fosil dinosaur karnivor yang kemungkinan terbesar pernah dijumpai.

Gurun Rub' all Khaki (Empty Quarter)
Image result for Gurun Rub' al Khali
Gurun Rub' all Khaki
Dalam bahasa Arab, is bermaksud 'suku kosong' kerana kawasan itu merangkumi satu perempat daripada Semenanjung Arab. Pasirnya berwarna jingga kemerahan kerana kehadiran feldspar (sejenis mineral). Is juga merupakan bukit pasir berubah-ubah paling besar di dunia.

Gurun Kalahari
Savana separate gersang selatan Afrika, juga dikenali sebagai lembangan Kalahari

Gurun Great Sandy
Terletak di barat laut Australia Gurun Great Sandy mempunyai erg (sebuah kawasan gumuk pasir di padang gurun) besar yang biasanya terdiri daripada bukit pasir memanjang. Orang asli di sana pemburu yang gemar menggunakan bumerang sebagai senjata. Mereka mengamalkan totemisme.

Gurun Taklamakan
Image result for gurun taklamakan
Gurun Talamakan
Terletak di barat daya kawasan autonomi Xinjiang Uyghur, barat laut China. Maksud 'Taklamakan' ialah 'masuk dan tidak keluar lagi' atau 'Gurun Maut'. Gurun ini kedua terbesar di China dan padang pasir berubah-ubah kedua terbesar di dunia. Ada mitos mengatakan gurun ini sebagai lokasi bandar kuno.

Gurun Australia
Terletak di barat data Australia, membentuk gurun keempat terbesar di dunia. Walaupun Australia dikeliling laut, kemarau teruk masih berlaku di Gurun Australia.

INFO TAMBAHAN
Image result for ayers rock
Ayers Rock.  Merupakan batu pasir terbesar di dunia dan tidak akan dapat dipecahkan. Permukaan luar Ayers Rock berwarna merah karat disebabkan proses oksidasi mineral besi serta iklimnya. Ayers Rock juga dikatakan berubah warna pada waktu berbeza dalam setahun.

Bagaimana tumbuhan menyesuaikan diri dengan iklim di gurun?

1.Akar panjang dan memanjang jauh ke dalam tanah untuk mendapat air di bawah tanah.
Tumbuhan gurun mempunyai akar lebih besar dan lebih dalam berbanding tumbuhan biasa. Akarnya memanjang untuk capaian lebih jauh untuk menyerap air dari sumber bawah tanah. Tumbuhan ini juga biasanya kecil dan rendah untuk mengelakkan penyejatan berlebihan.

2.Daun kecil untuk mengelakkan penyejatan berlebihan.
Daun pada tumbuhan ini mengecut menjadi lebih kecil hingga ada yang menjadi duri atau tidak berdaun dan fotosintesis  ini diproses melalui dahan kecil. Ada juga tumbuhan lain menutupi pori dengan keratin.

3.Dahan pokok menjadi putih atau kelabu.
Permukaan putih atau kelabu pada dahan pokok bertujuan untuk memantulkan cahaya matahari supaya tumbuhan tersebut tidak mengalami ‘selaran matahari’ disebabkan  cahaya matahari yang terlalu kuat.

4.Dasar susur dan tunas tahan lasak.
Tumbuhan gurun mempunyai dahan susur dan tunas yang tahan untuk bertahan daripada pasir dan angin kuat. Semakin banyak pasir menimbuninya, semakin kuat tunas tumbuh.

5.Menyerap garam berkepekatan tinggi.
Tumbuhan gurun dapat bertahan dengan garam berkepekatan tinggi. Ia mampu menyerap air daripada tanah yang mengandungi kandungan garam yang tinggi. Dalam kata lain, banyak tumbuhan gurun merupakan tumbuhan sukulen yang mempunyai kepekatan garam tinggi.

6.Penyemaian unik
Benih sesetengah tumbuhan gurun dilitupi  bulu dan terbang bersama angin setelah matang. Setelah ditiup ke tempat sesuai, benih tersebut akan bertunas dan membesar. Ada benih membebaskan resin, ia bergolek di atas tanah dan bertunas dengan bantuan angin. Sesetengah benih menyerupai bola yang bergolek mengikut angin dan tidak ditimbus tanah.

Fenomena aneh gurun

Image result for logamaya
Logamaya
Logamaya.  Ketika berjalan di gurun, kita mungkin akan Nampak suatu ilusi yang hilang apabila angin bertiup. Ini disebabkan pasir dan batu menjadi panas kerana cahaya matahari terlalu kuat. Suhu udara berdekatan pasir panas manakala udara di tempat lebih tinggi pula sejuk. Udara sejuk lebih tumpat berbanding udara panas. Apabila cahaya dibias melalui lapisan udara yang berbeza suhu tersebut, ilusi optik akan terbentuk.

Brash (Bulatan batu). Bulatan batu ini terbentuk oleh batu besar yang pecah selepas ratusan tahun melalui proses mengembang dan mengecut. Setelah pecah, ia menjadi batuan kecil yang kelihatan seperti bulatan yang disusun rapi oleh manusia.

Pasir Bum.  Pasir bum ialah fenomena semula jadi. Ia berlaku apabila pasir gurun menghasilkan bunyi. Bunyinya seolah-olah suatu dengungan atau siulan. Bunyi ini terhasil disebabkan angin yang melalui bukit pasir berbonggol-bonggol.
Terdapat beberapa keadaan yang menghasilkan pasir bum:
1.Pasir haruslah berdiameter antara 0.1 hingga 0.5 milimeter.
2.Pasir itu mestilah mengandungi silika.
3.Pasir itu hendaklah berada dalam kelembapan sesuai.

Gunung Mingsha.  Apabila angin bertiup, Gunung Mingsha di Tasik Yueyaquan dalam daerah Gansu China menghasilkan bunyi seakan-akan seruling dan pipa.

Bencana di gurun

Ribut pasir
Image result for ribut pasir
Ribut pasir atau ribut debu berlaku di kawasan gersang dan separa gersang. Iklim kering dengan angin kuat boleh mengakibatkan ribut lebih dahsyat. Namun begitu, ribut ini tidak berlaku dengan kerap.
Angin kuat meniup pasir dan debu dari permukaan kering udara. Udara berhabuk ini menyulitkan pandangan.

Pusar Debu

Related image
Berbanding ribut pasir, pusar debu lebih kerap dilihat di gurun. Pusar debu terbentuk apabila udara panas berdekatan permukaan pasir naik dengan cepat ke udara lebih sejuk dan lebih rendah tekanannya. Pusar debu akan berpusing laju dalam persekitaran yang sesuai.

Post a Comment

Previous Post Next Post