Badak sumbu tergolong dalam order Perissodactyla dan family Rhinocerotidae. Subfamili badak sumbu iaitu yang mempuyai dua tanduk. Habitat mereka tidak menentu ia bergantung kepada spesies juga. Badak sumbu mempunyai jangka hayat sehingga 50 tahun. Ia makan rumput, pucuk muda dan daun. Dari segi kata lain ia adalah haiwan herbivor. Badak sumbu mempunyai panjang badan kira-kira 2 hingga 3 meter dan berat badan boleh mencecah 3600 kilogram. Ia bergerak dalam kelajuan larian 56 km/j.
Kenapa badak sumbu boleh melepasi pokok berduri dan semak samun dengan mudah?
Badak sumbu memunyai kulit tebal. Kulitnya terdiri daripada beberapa lapisan ketebalan 1.55 hingga 5cm pada bahagian berbeza. Ia menjadi perisai untuk melindungi badan menempuh halangan. Selain itu, gigi yang kuat digunakan untuk makan dan mengunyah daun semak samun selain tanduk untuk menolak pokok berduri sebagai laluan.
Bilakah badak sumbu menyerang?
Mereka menjadi lebih agresif ketika kitaran estrus (tempoh berlaku pembentukan ovum pada haiwan betina). Sebarang ancaman yang mengganggu pasangannya dianggap serius. Badak sumbu hitam terkenal dengan serangan membuta tuli terhadap semua ancaman. Spesies ini sering bergaduh sesame sendiri dan mempunyai kadar akibat pergaduhan paling tinggi antara mamalia, kira-kira 50 peratus jantan dan 30 peratus betina mati dalam pergaduhan.
Kenapa badak sumbu mempunyai tanduk?
Tanduk terdiri daripada sama yang menghasilkan rambut dan kuku. Selain menggunakan tanduk yang diselaputi keratin sebagai pertahanan diri, ia juga untuk menarik perhatian pasangan, menggai tanah mencari sumber air dan makanan, menolak dahan pokok untuk laluan serta melindungi anak mereka.
Kenapa badak sumbu di pusat pemuliharaan hidupan liar tiada tanduk?
Tanduk badak sumbu dikatakan berharga dalam bidang perubatan, sebab itulah ia diburu pemburu haram. Inilah penyebab spesies mamalia yang hidup kira-kira 20 juta tahun diancam kepupusan. Tabung Alam Sedunia (WWF) terpaksa memotong tanduk badak sumbu dalam usaha untuk menyelamatkan spesies ini.
Kenapa badak sumbu suka mandi lumpur?
Kulit badak sumbu tebal tetapi lapisan kedutan antara kulit sangat nipis dan terdapat salur darah serta saraf. Badak sumbu akan melumurkan badan dengan lumpur sebagai lapisan perlindungan daripada sinaran matahari, mengelakkan gigitan nyamuk dan serangga lain.
Hubungan simbiotik badak sumbu dan oxpecker.
Oxpecker sering menenggek di atas badak sumbu untuk makan kutu, larva lalat bot dan parasit. Jika pemangsa ada berdekatan Oxpecker akan berkicau nyaring untuk member amaran pada badak sumbu sebagai balasan. Badak sumbu dan oxpecter hidup dengan aman dan saling bergantung melalui hubungan simbiotik.
***INFO TAMBAHAN***
Badak sumbu Sumatera merupakan salah satu badak sumbu yang sedang mengalami kepupusan akibat pemburuan haram yang berleluasa untuk mendapatkan tanduknya. Populasinya kini adalah kurang daripada 300 ekor. |
Tags:
Haiwan