Ubur-ubur

Image result for ubur ubur
Ubur-ubur antara haiwan yang mempunyai struktur badan yang paling ringkas di dunia. Ubur-ubur adalah sejenis binatang laut yang tergolong dalam kelas Scyphozoa. Terdapat dalam sekitar 1800 jenis ubur-ubur

Karakteristik

Lebih 95 peratus struktur badannya adalah air dan selebihnya garam dan protein. Ia tidak mempunyai organ penting seperti hidupan lain. Ia hanya mempunyai organ deria ringkas untuk mengesan cahaya, bau dan mengekalkan keseimbangan badan di dalam air. 
Ia mempunyai fizikal berbeza dan kebanyakannya mempunyai tentakel, lengan oral dan struktur badan menyerupai payung. Ia mempunyai rongga pada tubuh kelompok ubur-ubur yang dipanggil gastrovaskuler. Lubang besar tempat keluarnya air disebut osculum. Larva ubur-ubur disebut planula.

Ekologi

Kebanyakan ubur-ubur adalah karnivor dan makan plankton serta ikan kecil. Ia biasanya pemburu pasif yang menunggu mangsa di laluannya sebelum menyerang. Sesetengah ubur-ubur memancarkan cahaya untuk menarik perhatian mangsa. Apabila berhadapan musuh, ia akan meyerang menggunakan tentakel untuk melindungi diri.

Sesetengah ikan kecil mempunyai hubungan simbiosis dengan ubur-ubur dan besembunyi di tentakel ubur-ubur untuk perlindungan apabila diburu ikan besar. Ikan-ikan kecil juga menarik perhatian ikan besar untuk menghampiri ubur-ubur. Ikan-ikan kecil sangat pandai mengelak daripada tersentuh tentakel berbisa. Bagaimanapun, ubur-ubur mempunyai pemangsa semula jadi. Penyu dan ikan matahari laut (mola mola) imun atau kebal pada sengatan ubur-ubur malah menjadikannya makanan.

Adakah semua ubur-ubur beracun?


Kebanyakan ubur-ubur beracun tetapi tahap toksik berbeza-beza. Hanya sengatan beberapa jenis ubur-ubur sahaja boleh membawa maut. Sesetengahnya boleh dimakan selepas komponen toksik dibuang. Terdapat jenis ubur-ubur tidak berbisa hidup di tasik Pulau Kakaban, Indonesia dan Palau. Rupanya seperti ubur-ubur lain dan hilang pertahanan diri semula jadi disebabkan tiada pemangsa utama di situ. Ia hidup di tasik yang dikelilingi gunung dan mendapat nutrisi daripada alga simbiotik (Zooxanthellae) yang hidup dalam tisu badannya dan sebahagian zooplankton. 

Simptom sengatan ubur-ubur.

Image result for simptom sengatan ubur-uburKita akan berasa sakit serta-merta selepas disengat ubur-ubur, kulit akan terasa gatal dan berbilur.
Bagi kes serius kulit menjadi merah serta bengkak, pendarahan, loya, sakit kepala, sakit bahagian abdomen, kesukaran bernafas dan kekejangan otot. Dalam kes yang lebih teruk, ia boleh menyebabkan kematian akibat sengatan ubur-ubur lebih berbisa.

Langkah-langkah yang perlu dilakukan jika disengat ubur-ubur.

  1. Cuci bahagian kulit yang disengat dengan air laut antara 15 hingga 30 minit untuk meneutralkan toksin sebelum mengeluarkan tentakel yang masih terlekat. Kita juga boleh menggunakan cuka (3 hingga 10 peratus asid asetik)
  2. Kemudian letakkan krim pencukur atau pes soda penaik di kawasan cedera dan sisa motosista (sel sengat) dengan kad kredit atau pencukur. Jika mangsa mengalami sesak nafas, lakukan CPR dan bawa ke hospital segera.
Avispa marina cropped.png
Chironex fleckeri. Ia merupakan spesies ubur-ubur kotak yang paling beracun di dunia. Mangsanya akan mati dalam masa tiga minit sekiranya tidak dirawat. Jumlah racun yang ia miliki cukup untuk membunuh 60 orang dewasa.


Post a Comment

Previous Post Next Post