Dugong


Image result for dugong malaysia
Image result for dugong makan rumput
Dugong atau dugong merupakan sejenis haiwan laut yang merupakan salah satu daripada empat spesies Sirenia yang masih hidup selain manatee. Ia merupakan satu-satunya haiwan yang mewakili keluarga Dugongidae. Ia juga merupakan satu-satunya Sirenia yang boleh didapati di kawasan perairan sekurang-kurangnya 37 negara di rantau Indo-Pasifik, walaupun kebanyakannya tinggal di perairan Utara Australia. Dugong adalah satu-satunya mamalia herbivor marin, memandangkan ke semua spesies manatee menggunakan air segar ke suatu tahap tertentu. Dugong sangat bergantung kepada rumpai laut sebagai sumber makanan.Ia menelan keseluruhan tumbuhan termasuklah bahagian akar. Tetapi ia hanya makan daun jika sukar menghadam bahagian akar. Itulah sebabnya ia  juga digelar ‘lembu laut. Taburannya terhad kepada habitat pantai yang mana ia dibesarkan,dengan tumpuan utama dugong lazimnya di kawasan yang luas, cetek serta terlindung seperti kawasan teluk dan paya bakau.


Karakteristik

  • Badan berbentuk aliran
  • Lebih kecil berbanding manati. Panjang badan lebih kurang 2.4 hingga 2.7 meter. Berat kira-kira 250 hingga 300 kilogram.
  • Jantan dewasa mempunyai sepasang gigi taring.
  • Mulutnya menghala ke bawah untuk memudahkan ia menarik tumbuhan.
  • Ekor berbemtuk 'V' seperti dolfin
  • Dugong bergerak perlahan lebih kurang 10 km/j untuk mencari rumput laut. Tetapi ia mampu bergerak sepantas 20km/j apabila melarikan diri daripada musuh.
  • Dugong mempunyai peparu yang besar dan mampu berada di dalam air hingga enam minit (biasanya 2.5 minit) sebelum naik ke permukaan untuk bernafas. Bagaimanapun, keupayaan sangat lemah berbanding mamalia laut yang lain menunjukkan dugong bukan perenang yang baik.
  • Dugong betina akan mendekati kawasan air cetek untuk melahirkan anak selepas 13 hingga 15 bulan bunting. Ia memegang bahagian atas badan anaknya dengan anggota depan naik ke permukaan air untuk bernafas.

Adakah dugong dan manati haiwan yang sama?


Tidak. Kedua-duanya berbeza tetapi mempunyai kaitan rapat kerana berada di bawah order Sirenia. Dugong adalah haiwan marin manakala manati lebih gemar di perairan cetek atau muara sungai. Berbanding manati, dugong agak pemalu dan sukar didekati. Manakala manati pula lebih tenang.
undefined

Adakah dugong dan manati ada kaitan dengan lembu?

Walaupun ketiga-tiganya herbivor dan cenderung makan rumput, dufong dan mantai di bawah order Sirenia serta tiada kaitan dengan lembu. Nenek moyang dugong dan manati hidup di daratan pada 50 juta tahun dahulu. Oleh kerana perubahan cuaca dan sistem pertahanan yang lemah, mereka perlahan-lahan berhijrah ke dalam air dan menjadi seperti sekarang. Antara haiwan zaman moden, hanya gajah yang mempunyai kaitan paling rapat dengan dugong dan manati.

Post a Comment

Previous Post Next Post