Gunung Berapi

Image result for gunung berapi

Pengenalan

Di bawah kerak bumi, ada magma yang bersuhu tinggi dan meletus menjadi lava berserta piroklas (bahan batuan berklas yang dibentuk oleh ledakan Volkano). Ia akan menyejuk atas permukaan bumi dan terkumpul membentuk gunung berapi selepas bertahun-tahun. Perkataan 'volcano' berasal daripada Vulcano, iaitu pulau gunung berapi di kepulauan Aeolian, Itali. Nama 'Vulcano' pula Asalnya daripada Vulcan.
Info--- terdapat  satu mitos yang mengatakan kononnya sebuah gunung berapi di Mediterranean dijadikan tempat Dewa menghasilkan senjata. Mereka namakan gunung tersebut Vulcan; sempena dewa api Rom.
Pembentukan dan letusan gunung berapi berkait rapat dengan plat tektonik. Gunung berapi amat berbahaya bagi semua hidupan di bumi. Lava gunung berapi terdiri daripada batu batuan yang telah cair. Suhunya kira-kira 700 hingga 1200 darjah Celcius. Lava di bawah permukaan bumi pula dipanggil magma. Magma biasanya terletak di astenosfera yang kemudiannya membentuk ruang magma.
info--- jarak astenosfera dengan permukaan bumi antara 80 hingga 200 kilometer. Lebih kurang jarak perjalanan Kuala Lumpur ke Ipoh.
Image result for lapisan utama bumi
Bumi terdiri daripada tiga lapisan. Bermula dengan kerak bumi, mantel dan teras bumi. Teras bumi terbahagi kepada teras dalam dan teras luar. Suhunya mencecah 5430 darjah celcius. Jika suhu purata di Malaysia ialah 28 darjah celcius, jadi ia 200 kali ganda lebih panas dari Malaysia. Jarak kerak bumi dan teras dalam kira-kira 5100 km. Kanan kerak bumi menyebabkan magma tidak mudah mengalir keluar. Namun kalau gas dalam magma terkumpul, ia akan meletus melalui gunung berapi.

Kategori gunung berapi.

Gunung berapi dibahagikan mengikut aktivitinya iaitu dorman (pendam) aktif dan mati.
Gunung berapi aktif. Magma di dalam kerak bumi masih dalam keadaan lebur, bermakna ia aktif.
Gunung berapi dorman (pendam). Magma di dalam kerak bumi buat sementara waktu dalam keadaan tenang dan tidak aktif. Luaran gunung berapi ini kelihatan berbentuk kon sempurna.
Gunung berapi mati. Tiada lagi magma di dalam kerak bumi. Sesetengahnya masih kelihatan sempurna tetapi ada yang tidak akibat letusan lama.

Permukaan tanah gunung berapi

Rupa bentuk permukaan tanah gunung berapi berbeza bergantung pada magma dan gas yang dikeluarkan.
Image result for jenis gunung berapi
  1. Gunung berapi rekahan. Ia terbentuk apabila lava keluar daripada rekahan permukaan bumi. Ia akan menghasilkan bentuk unik bergantung pada cara aliran lava. Laki atau lakagigar di Iceland merupakan contoh terbaik.
  2. Gunung berapi perisai. Berlereng besar, rendah dan landai atau kurang cerun. Ia terbentuk selepas lava menyejuk. Oleh kerana lava tidak likat, ia mengalir lebih jauh. Gunung berapi perisai biasa dilihat di kepulauan Hawaii
  3. Gunung berapi kubah. Biasanya terbentuk di atas atau sekeliling lohong lava asyiknya berkeadaan likat dan sering terkumpul berdekatan lohong kerana sukar keluar. Setelah menyejuk, ia menjadi bentuk separa sfera. Contoh gunung berapi kubah ialah gunung Novarupta di Amerika Syarikat.
  4. Sinder. Sinder ialah sejenis gunung berapi terbentuk daripada debu gunung berapi yang terkumpul di sekeliling lohong. Contohnya Gunung Mayon.
  5. Komposit . Gunung berapi komposit juga dikenali sebagai gunung berapi struktur. Ia terbentuk daripada lava dan debu. Gunung berapi komposit biasanya besar dan bercerun. Letusan, aliran lava dan debu berlaku berselang-seli; hasilnya lapisan lava dan debu terbentuk. Gunung Fuji antara contoh gunung berapi komposit.

Apa itu plat tektonik?

Litosfera bumi terdiri daripada plat tektonik yang memainkan peranan penting dalam pergerakan segala besar kerak bumi. Pada tahun 1968, ahli geofizik Perancis Xavier Le Pichon memperkenalkan model plat tektonik komprehensif, membahagikan litosfera kepada enam plat besar. Plat tersebut ialah plat Pasifik, plat Eurasia, plat Hindi,  plat Afrika, plat Amerika, dan plat Antartika.
Image result for plat tektonik utama dunia
Berdasarkan kategori Le Pichon, ahli geoloi membuat kajian lebih mendalam dan menemui tujuh plat besar dan lapan plat kecil 

Pergerakan plat

Semua plat seluruh dunia bergerak perlahan-lahan. Ahli geologi menganggarkan plat besar bergerak kira-kira satu hingga enam sentimeter setiap tahun. Perlahan dan kita tidak dapat merasainya. Selepas berjuta atau berbilion tahun barulah ada perubahan pada struktur bumi, contohnya pembentukan Laut Atlantik, Great Rift Valley dan Pergunungan Himalaya.

Pembentukan gunung berapi

Gunung berapi terbentuk daripada plat tektonik mencapah dan tertumpu. Plat yang tertujah kebawah mencair kerana suhu yang tinggi, menghasilkan magma yang terdiri daripada bahagian bawah keras dan atas mantel cair. Gunung berapi meletus apabila magma dan gas berada dalam tekanan tinggi

Adakah bentuk gunung berapi semua sama?

Terdapat lebih kurang 2,500 gunung berapi di dunia dan setiap satunya mempunyai bentuk unik tersendiri. Faktor pembentukan dan struktur gunung berapi termasuklah:
  1. Letusan lava dan batuan. Tahap letusan berbeza bagi setiap gunung berapi. Lebih kuat letusan, lebih banyak lava, dan batuan piroklas dihamburkan. Gas,  magma dan debu dikeluarkan bersama batuan. Ada gunung berapi meletus kan sedikit lava, ada juga hingga menutupi keseluruhan bandar.
  2. Kawasan tanah dilitupi lava. Batu yang cair kerana suhu tinggi di teras bumi membentuk lava dan meletus keluar dari kerak bumi. Mengalir sejauh beberapa kilometer, ia menyejuk dan menjadi gunung berapi baharu. Gunung berapi perisai terbentuk kerana lavanya mengalir lebih jauh sebelum menyejuk.
  3. Jenis Lava. Bahan kimia, suhu dan kelikatan menjadi faktor pembentukan gunung berapi. Lava yang likat dan mengalir perlahan akan membentuk gunung berapi cerun.
  4. Hakisan gunung berapi. Kesan luluhawa disebabkan faktor angin dan hujan akan terjadi sebaik gunung berapi terbentuk. Bahagian gunung berapi yang lebih lembut biasanya akan terhakis dan meninggalkan bahagian kukuh.

Lingkaran api

Image result for lingkaran api pasifik
Lingkaran Api Pasifik
Gunung berapi biasanya terletak di sempadan plat tektonik yang dikenali sebagai lingkaran api. Ia terdiri daripada Lingkaran Api Pasifik, Lingkaran Alpidae,  Rabung Atlantik Tengah dan Rabung Afrika Timur.
Info---- Lingkaran Api Pasifik yang memanjang sejauh 40,000 km merupakan lingkaran gunung berapi terpanjang di dunia. Ia menjadi ' rumah' kepada 80 peratus daripada jumlah keseluruhan gunung berapi.

Negara manakah mempunyai paling banyak gunung berapi?

Dikenali sebagai negara gunung berapi, indonesia mempunyai bilangan gunung berapi paling banyak di dunia. Indonesia terletak antara lautan Hindi dan lautan Pasifik. Ia juga berada ditengah pergunungan Himalaya dan lingkaran api Pasifik. Daripada 400 gunung berapi di sana, 100 daripadanya adalah gunung berapi aktif.

    Bentuk muka bumi gunung berapi

    Letusan gunung berapi mengubah landskap dikenali sebagai bentuk muka bumi gunung berapi. Berjuta-juta tahun selepas pembentukan, bentuk muka bumi gunung berapi masih boleh dikenalpasti walaupun tidak jelas.
    1. Kaldera. Kaldera terbentuk ketika waktu selang letusan gunung berapi yang meletus berulang kali. Apabila lava dan gas berkumpul di dasar gunung berapi, letusan lava akan menyebabkan dasar jadi kosong. Oleh kerana dasar gunung berapi tiada sokongan, ia runtuh dan membentuk kaldera.
    2. Tembok batu gunung berapi. Tembok ini terbentuk kesan daripada luluhawa. Apabila gunung berapi tidak aktif dalam jangka masa panjang, bahagian Luarnya mula terhakis sementara bahagian dalam masih kukuh. Lama-kelamaan strukturnya menjadi seperti tembok.
    3. Tasik bawah. Kaldera yang dipenuhi air hujan menjadi tasik kawah. Saiz tasik kawah besar dan ada yang mencapai berpuluh-puluh kilometer. Oleh kerana airnya bercampur dengan gas gunung berapi dan air panas bawah tanah, ia mempunyai warna unik.
    4. Pulau Tinggi. Pulau Tinggi ialah pulau yang terbentuk daripada gunung berapi. Ia terbentuk selepas lava yang mengalir menyejuk dan berkumpul menjadi lapisan tinggi hingga melepasi permukaan laut.
    5. Gunung berapi. Letusan gunung berapi tidak sekata. Ada gunung yang aktif dan tidak aktif dalam jangka masa sangat lama. Biasanya manusia, tumbuhan dan haiwan tertarik dengan tanah subur di sekeliling gunung berapi tidak aktif. Sebab itulah letusan gunung berapi tidak aktif boleh menjadi suatu bencana mengejut.

    Petanda letusan gunung berapi

    1. Kawah mula merekah. Gegaran mula terasa.
    2. Terdapat bunyi gegaran daripada gunung berapi. Magma waktu telah mengembang sebelum letusan.
    3. Kenaikan suhu air dan tanah berdekatan kawasan gunung berapi.
    4. Haiwan mula berkelakuan pelik dan kelihatan resah.

    Kerosakan akibat letusan gunung berapi.

    Ada negara yang kerap dilanda letusan gunung berapi hingga mengakibatkan kerosakan teruk. Lava panas, awan asap tebal dan tanah gunung berapi berlumpur antara masalah dihadapi oleh penduduk berdekatan selepas letusan.
    • Kematian.  Letusan gunung berapi membebaskan lava, debu gunung berapi dan batuan dari lohong. Bahan-bahan ini menyebabkan kerosakan teruk pada kawasan sekeliling malah melitupi keseluruhan  bandar.
    • Gangguan cuaca. Apabila debu dan asap gunung berapi dibebaskan ke atmosfera, keadaan cuaca boleh terganggu. Debu dan asap gunung berapi mengandungi gas yang boleh menyebabkan kesan rumah hijau di bumi.
    Info---- Pada 1985, letusan gunung berskala tinggi berlaku di Gunung Tambora. Letusan tersebut menyebabkan penurunan suhu global. Pada 1816, beberapa negara di hemisfera utara mengalami musim sejuk ketika musim panas. Di New England, Amerika dan juga Kanada, ramai terkorban kerana ribut salji.
    • Kerosakan tidak langsung. Kawasan gunung berapi Biasanya mudah terkena gempa bumi tetapi kawasan gempa bumi tidak semestinya ada gunung berapi. Selain gempa bumi, letusan gunung berapi juga boleh mengakibatkan tsunami, gelongsoran lumpur dan tanah runtuh.

    Kelebihan gunung berapi

    Gunung berapi juga banyak memberikan kebaikan kepada manusia. Bahan yang dibebaskan gunung berapi banyak manfaatnya.
    • Kesuburan. Letusan gunung berapi beri banyak keuntungan kepada petani kerana lava menyuburkan tanah. Apabila debu dan lava melitupi sesuatu kawasan, tanah kawasan itu akan menjadi lebih subur setelah ia menyejuk.
    • Pengembangan tanah. Apabila lava menyejuk, ia akan mengeras. Kawasan dilitupi lava menyejuk menjadi tanah baharu buat manusia. Beginilah Pulau Hawaii terbentuk. Letusan gunung berapi setiap tahun menyebabkan kawasan Pulau Hawaii semakin luas.
    • Sumber bahan. Bahan dan batuan yang dibebaskan ketika letusan gunung berapi bagus untuk kerja pembinaan. Basalt, pumis dan debu gunung berapi sesuai untuk pembinaan lapangan terbang dan stadium. Batu Delima juga dihamburkan ketika letusan gunung berapi.
    • Pembentukan berlian. Pembentukan berlian berkait rapat dengan gunung berapi. Karbon hanya akan menjadi berlian di bawah tekanan dan suhu sangat tinggi. Kriteria ini berlaku dalam mantel di bawah gunung berapi.
    Info---- Tahukah anda pembentukan kolam air panas juga disebabkan oleh kewujudan lava gunung berapi di bawah tanah. klik sini untuk mengetahui lebih lanjut

    Post a Comment

    Previous Post Next Post