Kolam Air Panas

Image result for kolam air panas

Kolam air panas ialah air bawah tanah yang dipanaskan secara geoterma dan keluar dari kerak bumi. Suhu kolam air panas biasanya beberapa darjah Celsius lebih tinggi berbanding suhu kawasan sekelilingnya. Setiap negara mempunyai definisi kolam air panas masing-masing. Ada juga kolam air panas bersuhu rendah. Kolam air panas juga dikenal pasti melalui kandungan mineralnya.
Info---- terdapat lebih 1000 kolam air panas semulajadi di Jepun. Jepun telah menggunakan kolam air panas sejak dahulu kala.

Komposisi kolam air panas

Bahan mineral dalam kolam air panas termasuk klorin, asid karbonik, dan asid sulfurik. Bahan-bahan ini biasanya tercampur dan tidak wujud sendiri.

Pembentukan kolam air panas

Sekiranya gunung berapi meletus magma akan mengalir keluar. Namun terdapat magma tidak dapat keluar lalu kekal dalam tanah. Magma dalam tanah membebaskan haba ke permukaan. Jika terdapat sumber air di kawasan sekitar. Maka, ia akan menjadi panas secara semulajadi. Kemudian ia berubah menjadi kolam air panas. 

Ramai salah faham dengan kolam air panas hanya wujud di kawasan berdekatan gunung berapi. Di Malaysia juga ada gunung berapi, tetapi sudah mati. Gunung berapi di maksudkan ialah Gunung Maria yang terletak di Tawau, Sabah. Magma di dah Malaysoa kurang aktif lalu gagal membentuk gunung berapi. Namun begitu, magma ini mampu membuatkan air bawah tanah panas. Oleh itu, kebanyakan tempat di Malaysia memiliki kolam air panas semula jadi.

Jenis kolam air panas dan kebaikannya.

Berendam dalam kolam air panas ialah satu kaedah rawatan alternatif semula jadi. Bahan mineral dalam air panas baik untuk merangsang sistem saraf, sistem endokrin dan sistem imun kita. Oleh kerana setiap kolam air panas mempunyai kandungan mineral yang berbeza, kesannya juga berbeza.
  • Kolam air panas biasa. Kolam air panas biasa memberi rangsangan secara lembut dan sesuai untuk orang lebih berusia. Kolam air panas ini dapat merangsang Pengaliran Darah dan di Jepun ia disyorkan untuk mencegah strok dan sakit saraf.
  • Kolam air panas masin. Kolam air panas masin berbeza mempunyai kesan penyembuhan kulit berbeza, bergantung pada jumlah kandungan klorin. Garam dalam air panas membantu mengubati penyakit kulit.
  • Kolam air panas sulfurik. Kolam air panas sulfurik dikatakan dapat menyahtoksik serta melegakan kegatalan dan penyakit kulit. Kolam ini diberi gelaran 'kolam air panas kulit'.
  • Kolam air panas karbonik. Kolam air panas ini mempunyai suhu lebih rendah. Kolam ini dapat merendahkan tekanan pada jantung. Ia bagus untuk melancarkan pengaliran darah secara lembut, mengurangkan tekanan darah dan melancarkan kardiovaskular. Kolam ini bagus untuk memanaskan badan dan ia juga dikenali 'kolam air panas jantung'.
  • Kolam air panas sodium. Air kolam ini melembutkan keratin dan melembapkan kulit. Lebih digemari oleh wanita dan dikatakan memutihkan kulit. 


Post a Comment

Previous Post Next Post