Penguin

Image result for penguin
Penguin Emperor merupakan penguin yang lazim kita dapat lihat di Antartika
Penguin merupakan haiwan utama di Antartika. Penguin punyai tiga ciri unik yang menyebabkan ia boleh tahan akan kesejukan yang melampau di Antartika. Pertama ialah bulu badan. Bulu penguin lebih kecil berbanding haiwan lain. Bulu penguin berukuran antara 3 hingga 4 sentimeter. Bulu penguin sangat padat. Ini menyebabkan udara sejuk atau air sejuk tidak mengenai badan.

Kedua ialah bulu jumbai. Bulu jumbai lebih kecil, pendek dan lembut. Anak penguin mempunyai bulu ini. Setelah dewasa, bulu ini ditutup dengan bulu besar. Biasanya bulu ini kita tidak nampak. Ruang antara bulu jumbai boleh memerangkap udara. Udara yang terperangkap merupakan lapisan perlindungan bagi penguin. Ia menghalang udara sejuk kena badan haiwan ini. Pada masa yang sama, ia mengelak suhu baadan menghilang. Oleh itu, anak penguin tidak akan berasa sejuk walaupun tiada bulu.

Akhir sekali tubuh penguin yang besar. Di bawah kulit penguin terdapat lemak yang tebal. Lemak berperanan mengekalkan suhu. Lemak juga menghasilkan tenaga dan haba kepada penguin. Suhu badan penguin sentiasa kekal pada suhu 39 darjah Celcius.

Dengan adanya tiga cirri unik ini penguin merupakan burung paling tahan sejuk.

Image result for effect of global warming to penguin drawingKesan pemanasan global terhadap populasi penguin di Antartika.

Pemanasan global menyebabkan perubahan cuaca di Antartika. Suhu purata di Kutub Selatan ialah -55 darjah Celcius dan jarang hujan. Tapi dikatakan frekuensi ribut petir semakin meningkat.
Penguin mempunyai lapisan kulit  yang tebal tapi hanya bulu pendek melindungi mereka daripada sejuk. 

Apabila hujan, air membasahi bulu dan meningkatkan risiko kematian akibat kesejukan. Penguin yang baru lahir mempunyai lapisan bulu nipis. Bulu kalis air pula hanya tumbuh selepas 40 hari pertama. Penguin dewasa akan melindungi mereka tapi kebanyakannya akan basah dan mati akibat hipotermia.

Selain ribut petir di utara, paras air laut juga meningkat lalu mengancam ekosistem Antartika. Makanan utamanya udang yang sangat sensitif dengan perubahan suhu air. Bilangan udang semakin berkurang. Ini menyebabkan penguin kelaparan.

Post a Comment

Previous Post Next Post