10 Gunung Berapi Paling Berbahaya Di Dunia

Gunung berapi tidak dapat dinafikan sebagai salah satu ancaman semula jadi bagi semua hidupan di seluruh dunia. Ancamannya mampu meragut banyak nyawa dan member kemusnahan yang teruk kepada mangsa bencana. Di Malaysia, kita perlu bersyukur kerana tiada gunung berapi yang berbahaya di sini. Namun kita tetap harus berhati-hati. Di luar negara sana terdapat banyak gunung berapi yang berbahaya yang mampu meragut ribuan nyawa. Berikut merupakan 10 gunung berapi paling berbahaya di dunia:

10. MAUNA LOA – HAWAII

Mauna Loa
Mauna Loa merupakan gunung berapi terbesar di dunia dan merupakan salah satu daripada lima gunung berapi yang mebentuk Pulau Hawaii. Ia diklasifikasikan sebagai gunung berapi perisai yang aktif dengan volume yang dianggarkan kira-kira 18,000 batu padu (75,000 km³). Puncaknya berketinggian hanya 120 kaki (37 meter) lebih rendah Mauna Kea. Gunung berapi ini mula meletus kira-kira 700,000 tahun dahulu dan terkini pada 24 Mac 1984 hingga 15 April 1984.

Lavanya sangat cair (ia mempunyai tahap kelikatan yang rendah) dan tidak menghasilkan letupan yang kuat. Walaubagaimanapun, kebocoran mempercepatkan pengaliran lava dan mengakibatkan lelih banyak kebakaran serta mengancam nyawa penduduk.Oleh disebabkan itu, Mauna Loa termasuk dalam senarai ‘Decades Volcano’.

9. GUNUNG BERAPI TAAL – FILIPINA

Taal Volcano
Gunung berapi Taal adalah gunung berapi yang terletak di Pulau Luzon di Filipina. Ia terdiri daripada pulau di Lake Taal, yang terletak dalam kaldera yang terbentuk oleh letusan yang sangat kuat pada dahulunya. Ia terletak kira-kira 50 kilometer dari ibu kota, Manila. Ia adalah salah satu gunung berapi aktif di Filipina dan sebhagian daripada Lingkaran Api Pasifik.

Gunung berapi ini telah meletus beberapa kali dan telah meragut banyak nyawa penduduk sekitar tasik itu. Jumlah angka korban kematian semasa ialah sekitar 5000 hingga 6000. Ramai yang percaya bahawa tasik yang melintasi gunung berapi itu pernah menjadi kawah atau mulut gunung berapi. Oleh disebabkan itu, gunung berapi ini diberi jolokan “a volcano inside a volcano” yang bermaksud “gunung berapi di dalam gunung berapi.

8. ULAWUN, PAPUA NEW GUINEA

ulawun
Ulawun adalah salah satu gunung berapi paling aktif di Papua New Guinea dan salah satu yang paling berbahaya di dunia. Ia merupakan gunung berapi tertinggi di aras gunung berapi Bismarck sepanjang 1000 kilometer. Letusan pertama dicatatkan pada tahun 1700. Terdapat 22 letupan yang telah direkodkan sejak tahun 1700-an. Letusan pada tahun 1980 telah menghamburkan abunya sehingga 60,000 kaki dan menghasilkan aliran piroklastik yang melanda  semua bahagian gunung berapi serta menghancurkan kawasan seluas 20 kilometer persegi.

Bencana keruntuhan struktur  gunung berapi merupakan bahaya yang paling serius di gunung berapi Ulawun. Akibatnya amatlah dahsyat kerana ia dapat menghasilkan letusan yang dapat menghancurkan beratus-ratus kilometer persegi di kawasan itu.

7. GUNUNG NYIRAGONGO – DR CONGO

Mount Nyiragongo
Gunung Nyiragongo adalah salah satu gunung berapi yang paling aktif di Afrika. Ia terkenal kerana tasik lava yang aktif yang muncul di kawah puncak. Nyiragongo adalah salah satu daripada lapan gunung berapi di Pergunungan Virunga.

Sejak tahun 1882, ia telah meletus sebanyak 34 kali, termasuk banyak tempoh di mana aktivitinya berterusan sehingga bertahun-tahun pada satu masa. Letusan terakhir terjadi pada 17 Januari 2002, apabila lavanya mengalir ke bawah sayap Nyiragongo meliputi sekitar 40 peratus dari Kota Goma, yang menyebabkan 120,000 orang kehilangan tempat tinggal daripada 500,000 jumlah populasi penduduk Kota Goma.

Menurut satu laporan saintis dari pemerhatian yang dibuat di Goma, tanda-tanda yang sama yang mendahului letusan tahun 1977 dan 2002 telah dikenalpasti. Mungkin ini bermakna letusan lain akan mungkinakan berlaku dalam masa terdekat.

6. GUNUNG MERAPI – INDONESIA

Mount Merapi in 2014.jpg
Gunung Merapi adalah gunung berapi yang terletak di sempadan Jawa Tengah dan Yogyakarta, Indonesia. Ia adalah gunung berapi yang paling aktif di Indonesia dan telah meletus sejak tahun 1548. Ia sangat dekat dengan kota Yogyakarta, dan beribu-ribu orang tinggal di tepi gunung berapi.
Gunung berapi Merapi menghasilkan ebih piroklas berbanding gunung berapi lain di dunia. Ia telah aktif selama 10,000 tahun dahulu. Kebanyakan letusan Merapi melibatkan keruntuhan kubah lava yang menghasilkan aliran piroklas yang bergerak 6 hingga 7 kilometer dari puncak. Beberapa aliran mengalir sejauh 13 kilometer dari puncak seperti letusan yang berlaku pada tahun 1969. Kelajuan aliran ini boleh mencapai sehingga 110 km/jam.

5. GALERAS – COLOMBIA

Galeras Volcano
Galeras adalah gunung berapi yang telah aktif sejak sejuta tahun yang lalu. Ia terletak di selatan Colombia berhampiran sempadan Ecuador. Puncaknya berketinggian 4,276 meter dari paras laut. Ia sering meletus sejak penaklukan Sepanyol, dengan letusan yang pertama kali direkodkan pada 7 Disember 1580. Ia kini merupakan gunung berapi paling aktif di Colombia.

Galeras menjadi aktif semula pada tahun 1988 setelah dorman selama 10 tahun. Persidangan Decade Volcano di Bandar Pasto, pada tahun 1993, berakhir dengan tragedi apabila beberapa saintis hadir dengan ekspedisi yang dahsyat pada 14 Januari ke kawah Galeras. Namun, letusan berlaku secara tidak disangka semasa mereka berada di puncak. Akibatya, seramai enam saintis dan tiga pelancong maut.

Dan terkini pada 3 Januari 2010, gunung berapi ini meletus semula yang memaksa seramai 8,000 orang untuk berpindah. Debu dihamburkan setinggi 12 km ke udara. Lava panas mengalir sejauh 3.5 kilometer dari gunung berapi dan menghasilkan kebakaran.

4. SAKURAJIMA – JEPUN

Japan Sakurajima
Sakurajima merupakan gunung berapi komposit yang aktif dan dahulunya adalah sebuah pulau (kini bersambung ke tanah besar) dengan nama yang sama di Kyushu, Jepun kerana aliran lava dari letusan 1914 telah menyebabkan  ia terhubung dengan Semenanjung Osumi di Jepun. Ia sering dipanggil Vesuvius dari timur dan ia kerap meletus. Aktiviti gunung berapi masih berterusan, melepaskan sejumlah abu yang besar di sekitarnya. Letusan awal membina daratan pasir putih di rantau ini.

Beribu-ribu letusan kecil telah berlaku setiap tahun, membuang abu ke ketinggian sehingga beberapa kilometer di atas gunung. Ia amat berbahaya kerana lokasinya di kawasan padat penduduk dengan populasi 700,000 penduduk Kagoshima yang hanya beberapa kilometer dari gunung berapi. Aktiviti Sakurajima menjadi lebih ketara sekali lagi pada tahun 1955, dan ia secara terus menerus meletus sejak itu, dengan catatan rekod 7,300 letusan dalam tempoh 45 tahun. Oleh disebabkan ancaman yang boleh diberikan kepada penduduk setempat, Sakurajima telah dimasukkan dalam senarai Volcano Decade pada tahun 1991.

Bahkan, Bandar inni telah membina sebuah penempatan perlindungan khas di mana orang dapat berlindung daripada terkena serpihan runtuhan. Pada tahun 10 Mac 2009, Sakurajima telah meletus dan mengakibatkan serpihannya melayang sejauh 2 km.

3. POPOCATEPETL – MEXICO

popocatepetl
Popocatépetl merupakan gunung berapi aktif yan berketinggian 5,426m (17,802 kaki), puncak kedua tertinggi di Mexico dan terletak di bahagian timur tentera volkanik Trans-Mexico. Gunung berapi ini menjadi pembunuh semula jadi yang boleh membawa ancaman yang serius kepada ibu kota (dihuni oleh 9 juta orang). Penduduk Puebla, hanya 40 kilometer timur dari gunung berapi. Gunung berapi ini mendapat gelaran sebagai “smoking mountain”. Ia telah meletus lebih dari 20 kali sejak tahun 1519.
Letusan terakhir gunung berapi ini adalah pada tahun 2000. Syukurlah, para saintis ketika itu sempat memberikan amaran kepada kerajaan Mexico tentang letusan tersebut. Beribu-ribu orang berpindah dari situ sejurus mendapat amaran tersebut. Letusan pada bulan Disember pada tahun itu merupakan yang terbesar yang pernah didokumentasikan, kemungkinan besar sejak ribuan tahun.

2. GUNUNG VESUVIUS – ITALI

mount vesuvius
Gunung Vesuvius adalah gunung berapi strato yang terletak di Teluk Naples, Itali, kira-kira 9 kilometer di timur Naples serta berada sekat dengan pantai. Ia adalah satu-satunya guunung berapi di tanah besar Eropah yang telah meletus dalam seratus tahun yang lalu. Gunung Vesuvius terkenal dengan letusannya pada 79 AD yang mengakibatkan pemusnahan kota Romawi Pompeii dan Herculaneum. Vesuvius telah banyak kali meletus sejak tahun 1944 dan pada hari ini ia dianggap sebagai salah satu gunung berapi yang paling dahsyat di dunia kerana ia dapat membahayakan nyawa seramai 3,000,000 orang penduduk yang tinggal di sekitarnya. Ia adalah wilayah gunung berapi yang paling padat di dunia.

Gunung Vesuvius meletus pada 18 Mac 1944 dan berlanjutan selama 2 minggu. Letusan gunung berapi bertukar menjadi letupan pada 21 Mac dengan lapan air pancut lava. Air pancut lava meningkat dari semasa ke semasa, dan yang terakhir pada 22 Mac adalah yang paling ketara sehingga boleh mencapai ketinggian 1000 meter. Gunun berapi ini mempunyai kitaran letusan sekitar 20 tahun.

1. KALDERA YELLOWSTONE – AMERIKA SYARIKAT

yellowstone supervolcano
Ia adalah yang paling berbahaya kerana ia adalah gunung berapi yang aktif yang mampu menghasilkan letusan gunung berapi dengan ejecta lebih daripada 1,000 kilometer padu yang hampir ribuan kali lebih besar daripada letusan gunung berapi yang terbesar dalam sejarah. Letusan gunung berapi super biasanya meliputi kawasan yang luas dengan lava dan abu gunung berapi yang mencukupi untuk mengancam kepupusan spesies dan bahkan menjadi salah satu penyebab untuk mengakhiri dunia. Ini kerana apabila gunung berapi ini meletus, ia akan menggalakkan semua gunung berapi lain untuk meletus lalu menyebabkan aktiviti tektonik secar besar-besaran.

Salah satu gunung berapi super berada di bawah Taman Negara Yellowstone. Ssintis mengatakan ia masih aktif dan bahkan aktivitinya semakin meningkat. Para saintis berpendapat ia akan meletus pada bila-bila masa. Gunuung berapi super boleh tidur selama berabad-abad atau millennium sebelum menghasilkan letusan yang dahsyat yang dapat menyelubungi seluruh benua dengan abunya.

Post a Comment

Previous Post Next Post