Tsunami

Image result for tsunami

Bagaimana tsunami terbentuk?

Tsunami berasal daripada bahasa Jepun bermaksud 'gelombang pelabuhan'. Gelombang bersiri ini sangat besar hingga boleh menyebabkan malapetaka di kawasan darat atau berhampiran pantai. Tsunami biasanya dicetuskan oleh gempa bumi lautan (50,000 meter di bawah laut dan berukuran 6.5 atau lebih skala Ritcher), letusan gunung berapi dasar laut, pergerakan plat tumpu, ribut taufan dan impak meteor.

Adakah semua gempa bumi di laut menyebabkan tsunami?

Tidak semua gempa bumi laut menyebabkan tsunami. Kekuatannya mestilah sangat besar di bawah laut atau berdekatan lautan dan menghasilkan pergerakan menegak dasar laut. Kemudian tenaga akan terbebas ke tempat jauh bersama air laut dan membentuk tsunami apabila sampai di pantai. Kejadian ini sama seperti membaling batu ke dalam tasik dan air di permukaan tasik bergelombang. Tenaga itu datang daripada tenaga dalam air, bukannya tenaga tambahan dari luar.

Tsunami tercetus oleh gempa bumi dasar laut.

  • Dua plat kerak di bawah laut memampat satu sama lain. Tekanan yang terhasil menyebabkan pembentukan strata batu. Apabila salah satu bahagian batu tidak dapat menahan tekanan besar yang terkumpul, ia boleh pecah, membentuk kerosakan dan mencetuskan gempa bumi dasar laut.
  • Gempa bumi laut menyebabkan air laut berubah tempat atau bergerak secara tiba-tiba. Kesan anjakan tiba-tiba berlaku dalam jisim yang besar / isi padu air naik atau turun (atau menyebabkan anjakan menegak air dalam jisim besar). Gelombang tsunami bergerak secara beransur-ansur dalam bentuk lingkaran dari epipusat.
  • Gelombang tsunami bergerak dalam kelajuan pantas mencecah 500 batu per jam pada kedalaman 15,000 kaki. Bagaimanapun ia bergerak perlahan di perairan cetek.
  • Apabila tsunami menghampiri pantai, kedalaman air berkurangan, gelombang tsunami mula menurun / lambat kerana berlaku gelombang pembetingan. Akhirnya ia membentuk beberapa meter atau berpuluh meter tinggi gelombang ombak, menghempas pantai dan menyebabkan kemusnahan besar.



Apakah petanda sebelum tsunami?

Manusia tidak boleh menghentikan tsunami tetapi boleh meramalkan kejadian Tsunami untuk mengurangkan kesan dan kerugian yang dialami. Antara tanda-tandanya ialah:
  1. Sebelum berlaku tsunami, gempa bumi akan berlaku lebih awal. Penduduk di tepi pantai akan merasai gegaran gempa bumi yang dahsyat. Amaran gempa bumi serta tsunami akan diuar-uarkan kepada penduduk kawasan berhampiran pantai.
  2. Ribut yang luar biasa, air pantai surut, penurunan paras laut secara drastik atau ombak besar dengan buih yang banyak.
  3. Terdapat banyak hidupan marin flora dan fauna yang jarang ditemui, terdampar di tepi pantai.
  4. Gempa bumi di bawah laut menghasilkan gelombang bunyi frekuensi rendah yang hanya boleh didengari sesetengah haiwan seperti anjing dan gajah haiwan ini akan berperangai pelik sebelum kejadian tsunami.

Apa yang boleh dilakukan semasa tsunami?

  • Jika ada amaran, beredar dari kawasan pantai secepat mungkin dan berpindah ke tempat lebih tinggi. Selain itu, sentiasa bersedia untuk berpindah untuk kali kedua.
  • Putuskan bekalan elektrik selepas menerima amaran tsunami.
  • Jika berada di atas kapal semasa amaran tsunami dikeluarkan, pandu kapal jauh ke tengah laut dan jangan berlabuh di pantai. Jika masa tidak mencukupi, keluar dari kapal dan cari bantuan keselamatan secepat mungkin.
  • Jika jatuh ke dalam air, cuba berpaut pada kayu atau objek terapung yang lain dan cuba elakkan daripada berlanggar dengan objek keras.
  • Jangan berenang atau melakukan aktiviti lain yang memerlukan tenaga. Simpan tenaga untuk memanaskan badan.
  • Jangan minum air laut kerana ia menyebabkan anda lebih dahaga.
  • Cuba cari mangsa lain supaya boleh membantu dan memberi semangat antara satu sama lain. Malah lebih mudah dikesan pasukan penyelamat.
  • Setelah diselamatkan, mangsa harus diberikan pakaian kering dan selimut untuk memanaskan badan dan minuman tenaga yang mengandungi glukosa. Dapatkan rawatan perubatan dengan segera jika perlu.


Post a Comment

Previous Post Next Post