Secara umumnya, kita mengetahui bahawa kebanyakan bunga menghasilkan bau-bauan yang wangi. Namun, terdapat juga bunga yang berbau sangat busuk demi kemandirian tumbuhan tersebut. Berikut merupakan 10 tumbuhan berbunga terbusuk di dunia:
10. ARUM DIOSCORIDIS
Bunga ini berbentuk rod dan berwarna ungu yang berasal dari kawasan Mediteranean. Ia terkenal dengan baunya seperti daging busuk. Tumbuhan ini dinamakan Pedanius Dioscrorides oleh ahli botani Greek terkenal. Ia biasanya mekar pada masa musim bunga. Bau yang kuat dan tidak menyenangkan yang dimiliki bunga ini dapat menarik pendebunga.
9. WESTERN SKUNK CABBAGE
Western skunk cabbage mendapat nama disebabkan bau yang dikeluarkan adalah sama busuk dengan bau skunk. Tumbuhan di kawasan paya dan hutan di Alaska, California, Idaho, Washington, Montana dan Oregon. Bunga ini mekar pada awal musim bunga dan musim sejuk. Bunga ini berbentuk seperi batang berwarna kuning terang. Ia boleh tumbuh sehingga tinggi 40 cm. Bau tumbuhan ini mampu menarik lalat pengacau sebagai agen pendebungaan.
8. EASTERN SKUNK CABBAGE
Sama seperti western skunk cabbage, bunga ini juga mendapat nama disebabkan baunya. Ia tumbuh di tanah yang lembab, basah di seluruh Amerika Utara dan Asia. Eastern Skunk Cabbage mekar pada musim bunga. Ia berwarna ungu keperangan dan boleh tumbuh setinggi 4 hingga 6 inci. Bau kuatnya yang busuk itu menarik agen pendebunga seperti lebah dan rama-rama.
7. STAPELIA GIGANTEA
Stapela gigantea adalah bunga yang cantik dan berbau seperti daging busuk. Ia kelihatan berwarna kuning pucat dan bentuk menyerupai tapak sulaiman. Ia juga diberi jolokan tapak sulaiman Afrika. Tumbuh di kawasan tropika di Afrika Tengah. Bentuknya yang tersendiri dan bau seperti daging busuk menarik perhatian serangga. Mekar pada musim bunga. Bau giganteas yang busuk dapat dicium dari jarak jauh.
6. DRAGON ARUM
Dragon arum dapat dilihat di kawasan berbatu dan berbukit di lembah Mediteranean. Ia juga dikenali sebagai arum hitam, snake lily, dragonwort, stink lily dan voodoo lily. Tumbuh setinggi 1 meter. Bunga ini besar dan berwarna maroon ungu muncul pada lewat musim bunga. Bunga ini boleh tumbuh sehingga 80 cm panjang. Baunya dapat menarik serangga untuk pendebungaan.
5. BULBOPHYLLUM PHALAENOPSIS
Bulbophyllum phalaenopsis merupakan anggerik paling buruk di dunia. Ia berasal dari Pulau Papua New Guinea. Baunya sangat busuk seperti baud aging busuk. Ia adalah salah satu orkid terbesar di dunia dan berbunga setiap tahun. Bunganya berbulu, berwarna merah jambu. Selain bauya yang busuk, orkid ini dikenali kerana daunnya yag panjang yang dapat mencecah 4 kaki.
4. CAROB TREE
Carob tree adalah pokok bersaiz sedehana yang tumbuh di kawasan keriklim panas dan subtropika di seluruh dunia. Nama ‘carob’ merujuk kepada buahnya yang boeh dimakan. Pod carob mengandungi banyak nutrient sperti vitamin A, B2, B3, magnesium, kalsium, dan besi. Walaupun buahnya berkhasiat tetapi bau bunganya seperti bau sperma. Bunga spiral kecil yang tersusun muncul pada musim bunga. Bunga jantan dan betina tumbuh di pokok yang berasingan.
3. HYDRONA AFRICANA
Hydrona Africana adalah tumbuhan parasit yang berasal dari Afrika Selatan. Bunga ini tumbuh di bawah tanah, hanya bunga sahaja yang boleh kita lihat di permukaan. Tumbuhan ini merupakan parasit bagi tumbuhan Euphorbia. Bunga hydrona Africana berbentuk tiub dan mempunyai tiga bukaan tebal. Bahagian luar bunga berwarna coklat dan bahagian dalamnya berwarna oren terang. Tumbuhan ini mempunyai bau seperti najis. Bau yang busuk ini menarik kumbang dan kumbang biri-biri untuk pendebungaan.
2. RAFFLESIA ARNOLDII
Raflesia arnoldii adalah bunga paling besar di dunia. Tumbuhan parasit ini hanya dapat dijumpai di hutan hujan Sumatera dan Borneo. Anda boleh melihat tumbuhan ini di Malaysia iaitu di Sabah. Ia adalah tumbuhan tanpa daun dan tidak berakar. Raflesia arnoldii dikenali kerana baunya yang busuk seperti bau daging busuk. Tumbuhan ini juga dikenali dengan nama panggilan ‘bunga mayat’ kerana baunya yang sangat teruk. Satu Raflesia arnoldii berdiamter 1 meter dan seberat 11 kg. Baunya yang busuk menarik lalat biri-biri untuk pendebungaan.
Raflesia arnoldii adalah spesies yang sukar ditemui. Bunga besar ini mempunyai lima kelopak yang berwarna merah dan bertompok putih. Tidak seperti bunga lain, raflesia arnoldii tidak mempunyai klorofil. Oleh disebabkan ia tidak dapat menjalankan fotosintesis, maka ia adalah tumbuhan parasit kepada tumbuhan tetrastigma.
1. TITAN ARUM (BUNGA BANGKAI)
Bunga bangkai adalah bunga paling busuk di dunia. Bunga ini menghasilkan bau yang kuat dan dahsyat. Nama ‘bunga bangkai’ berasal dari bau yang kuat dan tidak menyenangkan. Ia adalah bunga yang sangat jarang, mekar hanya selama dua atau tiga hari dan mekar semula selepas beberapa tahun. Bunga bangkai juga merupakan tumbuhan tanpa pembungaan paling besar di dunia. Bunga bangkai boleh tumbuh setinggi 3 meter.
Tags:
Dunia Top 10