Bagi peminat fanatik animasi Jepun ‘Pokemon’, kad permainan pokemon merupakan koleksi yang amat berharga bagi mereka. Terdapat di antara kad-kad permainan ini sukar didapati dan pengeluarannya terhad. Oleh disebabkan kejarangan kad-kad pokemon ini, nilai di pasaran amatlah tinggi. Beruntung mereka yang memiliki kad-kad ini. Berikut merupakan 10 kad pokemon yang paling jarang dan mahal di dunia:
10. Kad Pokemon “Full Art EX”
Tidak semua kad “Full Art EX” mempunyai nilai yang tinggi atau sukar ditemui. Tetapi terdapat kad yang sangat tinggi nilainya dan sukar ditemui seperti kad Mew EX dan kad Lugia EX yang kini dijual pada harga $26 (RM 103.22). Kad Diox (Deoxys) EX pula dijual pada harga lebih $37 (RM 146.89).
9. Kad Pokemon “Gold Star”
Kad pokemon “shiny” dapat dijual pada harga antara $30 hingga $80 (RM119.10 – RM317.60). Tetapi kad pokemon bergred “Gold Star” mampu dijual dengan harga mencecah $150 (RM595.50).
8. Kad Pokemon “Shining”
Mula diperkenalkan dalam siri “Neo Revelation”. Kad Pokemon “Shining” merupakan kad permainan yang sangat berharga. Kebolehan kad ini untuk mengunakan pelbagai jenis serangan tenaga yang kuat, dan peraturan istimewa yang dikenakan membataskan penggunaannya dalam satu dek. Kad-kad ini sukar dibeli. Kad “Shining” edisi pertama yang dalam keadaan baik boleh dijual sehingga mencecah $150 tiap satu. Pernah suatu ketika harganya boleh mencecah $300 untuk satu kad sehinggalah kad-kad mudah didapati di Amerika Syarikat.
7. Set kad “Southern Islands”
Set kad ini akan menjadi berharga apabila ia adalah asli dan disertakan “collectible folder”nya. Hanya terdapat 18 kad (9 kad dalam 1 set) yang membuatkan ia sukar untuk dicari. Set ini juga dikenali sebagai set Pelangi dan Pulau Tropika (Rainbow and Tropical Island). Set ini boleh dijual pada harga antara $150 hingga $300 tiap kad.
6. Kad Charizard Edisi Pertama
Selagi ia adalah edisi pertama dan bergred 9 atau lebih, ia boleh dijual lebih daripada $300. Kad Charizard edisi pertama merupakan kad promosi pada tahun 1998 untuk kempen “Trade Please”. Edisi pertama dalam keadaan baru boleh mencecah $700 (RM2779.0) harganya.
5. Kad Snap
Kad snap merupakan cetusan daripada permainan Pokemon Snap 64 DD Nintendo. Ia dikeluarkan pada tahun 1999 dan salah satu promosi untuk menjemput sesiapa sahaja untuk mengambil gambar (snapshot) di mana karya pemenang akan dicetak dan diakui sebagai artis dalam dunia Trading Cards. Bayaran tertinggi untuk Kad Snap ialah kira-kira 11,000£ (RM59,948.38) walaupun kebanyakan dijual lebih rendah.
4. Tropical Mega Battle 2001
Kad Pokemon yang jarang ini muncul di Hawaii untuk majlis khas. Terdapat hanya 12 kad yang dicetak. Dalam keadaan baik, anda boleh membelinya dengan harga $10,000 (RM39,700) setiap satu. Paling rendah, ia akan dijual pada harga $5,000 (RM19,850.0).
3. Kad pra-keluaran Raichu (Pre-Release Raichu)
Salah satu kad Pokemon yang paling jarang ditemui adalah kad pra-keluaran Raichu kerana hanya ada 10 hingga 15 kad di seluruh dunia. Satu kad akan bernilai lebih dari $10,000.
2. Kad “Numbers 1, 2, 3 Trainer”
Kad ini dikeluarkan untuk World Final TCG. Terdapat satu kad yang dikeluarkan setiap tahun dan nilainya meningkat mengikut usianya. Sekiraya anda mempunyai kad ini, anda diberikan kemasukan ke kejohanan dunia tahun berikutnya.
1. Kad ilustrasi Pikachu.
Dikeluarkan pada tahun 1998 dan baru-baru ini dijual pada harga $100,000 di eBay. Harganya begitu tinggi kerana hanya terdapat 4 kad di dalam dunia. Ia merupakan kad yang dikeluarkan oleh Jepun dan digambarkan sebagai “Holy Grail of Pokemon”. Kad dalam keadaan yang tidak baik masih dapat dijual pada harga sekurang-kurangnya $50,000.
Tags:
Dunia Top 10