Proses Pembentukan Awan
- Awan ialah gumpalan wap air yang nyata atau Kristal beku terapung dalam atmosfera. Titisan cecair ini selalunya sukar dilhat menjadi nyata setelah turun bersama udara panas dan mula menyejuk. Awan terbentuk daripada titisan air dan ketulan ais yang halus.
- Proses pembentukan awan bermula apabila udara panas yang terdapat di permukaan bumi naik ke atas. Udara panas lebih ringan lalu bergerak ke atas. Semakin tinggi udara naik, isi padu udara semakin berkembang. Ia disebabkan oleh tekanan atmosfera.
- Apabila jisim udara mengembang, suhu juga menurun. Apabila udara mengembang, maka tenaga akan digunakan.
- Apabila sampai ke takat embun, wap air yang terkandung dalam air akan terkondensasi. Titisan air dan ketulan ais halus yang terbentuk melalui kondensasi pula berkumpul dan membentuk awan.
Awan terbentuk apabila udara sejuk dan udara panas bertemu, udara panas naik ke atas melalui udara sejuk, seterusnya membentuk awan.
Kategori Awan
Pada 1803, ahli metrologi Luke Howard mengkategorikan jenis awan. Pada 1929, pertubuhan Meteorologi sedunia (WMO) mengembangkan klasifikasi pada 10 jenis berbeza mengikut teori Howard. Tiga jenis awan utama iaitu kumulus, stratus dan sirus. Satu lagi klasifikasi ditentukan oleh julat ketinggian, dikenali sebagai awan tinggi, awan tengah dan awan rendah.
Awan tinggi
Di kawasan tropika, boleh kristal beku pada altitud 6,000 hingga 18,000 meter.
Sirus. Berada di altitud yang tertinggi, sirus terbentuk daripada jaluran awan halus. Bentuknya seperti bulu pelepah, rambut atau ekor kuda. Awan sirus berada tinggi di langit dan kelihatan berwarna oren atau kemerah-merahan ketika matahari terbit dan terbenam dengan bayang-bayang. Apabila sejumlah awan sirus di langit, ia menandakan hujan ribut bakal berlaku.
Sirokumulus. Awan sirokumulus bersaiz kecil tanpa bayang-bayang kelabu dan mudah hilang. Bentuknya bertompok- tompok atau bergumpal. Awan sirokumulus biasanya muncul bersama awan sirus dan sirostratus. Apabila awan besar seperti sirokumulus muncul, hujan mungkin berlaku dalam masa 8 jam. Jika ia muncul selepas hujan, ia menunjukkan cuaca cerah.
Sirostratus. Putih dan lut sinar. Apabila awan sirostratus menutup matahari atau bulan, kita akan dapat lihat korona di sekeliling matahari atau bulan.
Awan tengah
Awan altitud tengah berlaku pada altitud antara 2,500 hingga 6,000 dan terbentuk oleh titisan terdingin lampau.
Awan kumulonimbus. Awan kumulonimbus padat dan tinggi menjulang boleh mencecah altitud lebih tinggi dan dasarnya kelihatan gelap. Ia boleh terbentuk daripada awan kumulus bersama perenggan dingin. Awan kumulonimbus mampu menghasilkan hujan lebat selalunya datang bersama angin kuat, kilat dan guruh.
Awan altostratus. Cukup luas untuk menutup langit.Awan altostratus tidak mempunyai bentuk beralun jelas. Berwarna kelabu hingga biru dan warna itu menunjukkan ketebalannya.
Awan altocumulus. Jisim yang lebih besar daripada sirokumulus tetapi lebih kecil daripada altostratus. Bentuknya seperti hamparan atau tubuhkan beralun, bulat atau gulungan.
Awan nimbostratus. Terbentuk di altitud lebih kurang 3,000 meter, biasanya berketebalan 2,000 dan tidak mempunyai struktur jelas. Biasanya gelap di bahagian dasar dan terbentuk daripada altostratus altitud tengah. Kemungkinan ia terbentuk untuk menjadi kerpasan.
Awan Rendah
Terbentuk di altitud lebih rendah daripada 2,500 meter.
Kumulus. Ia membentuk secara menegak dan Biasanya kelihatan seperti kapas. Dasarnya mendatar dan puncak membulat. Awan ini mempunyai garis bentuk serta nampak jelas di bawah cahaya matahari terik.
Stratus. Awan aras rendah, berlapis mendatar dengan dasar seragam. Awan stratus berwarna putih kelabu terbentuk di altitud rendah. Biasanya terbentuk ketika aras angin rendah.
Awan stratokumulus. Lebih besar daripada awan altokumulus dan tidak mempunyai struktur jelas. Jisim bawah beralun dengan bayang kelabu. Awan yang kita lihat di pergunungan biasanya awan stratokumulus. Ia hanya membawa sedikit hujan terutama sebelum atau selepas hujan ribut.
Info---- Kebiasaannya, nama awan yang mempunyai sebutan stra pada awalnya adalah awan yang meluas ke tepi. Bagi awan yang mempunyai sebutan ku pula adalah awan membesar secara menegak. Manakala awan yang mempunyai sebutan al pula adalah wan hujan. Contohnya awan altostratus.
Awan penjadian tegak
Dengan tiupan angin kuat menaik, awan penjadian tegak terbentuk di altitud 13,000 meter.
Kenapa awan menjadi gelap?
Awan selalunya terbentuk daripada titisan air kecil yang menyebarkan pelbagai warna cahaya. Hasil gabungan warna tersebut kita melihatnya sebagai warna putih. Apabila awan semakin tebal, semakin kurang cahaya menembusi titisan air. Jadi, dasar awan menjadi semakin gelap.
Kenapa awan terapung?
Titisan air berdiameter sekecil 0.001 hingga 0.015 milimeter. Oleh kerana udara menghasilkan geseran, kadar kejatuhan titisan air ialah 1.26 milimeter per saat, bermakna ia sebulan untuk titisan tersebut jatuh ke tanah. Tambahan pula, video part angin menarik di mana jisim titisan air akan kekal terapung di langit apabila jatuh.
Apa itu jejak wap?
Jejak wap ialah awan memanjang yang terbentuk daripada kapal terbang yang mengeluarkan wap air. Oleh kerana suhu serendah -40 darjah Celcius pada altitud melebihi 8,000 meter, gas ekzos yang panas akan menyejuk dengan serta-merta di udara lalu membentuk jejak wap. Jejak wap boleh kekal selama beberapa saat, minit malah beberapa jam bergantung pada suhu dan kelembapan di altitud tersebut.
Kenapa awan menjadi merah jingga ketika waktu senja?
Matahari terbenam pada waktu senja. Ketika senja, cahaya matahari perlu menembusi atmosfera yang lebih tebal berbanding waktu siang. Ketika proses ini, gelombang cahaya yang pendek seperti cahaya biru akan dipantulkan sampai hilang. Hanya gelombang cahaya yang panjang seperti cahaya merah dan jingga sahaja akan tinggal. Awan akan menjadi merah jingga ketika waktu senja kerana ia mampu memantulkan gelombang cahaya.
Tags:
Fenomena Meteorologi