10 Makhluk Mitos Paling Popular Dalam Kalangan Manusia

Makhluk dongeng dan fantasi sentiasa menjadi tarikan bagi semua golongan di seluruh dunia tidak kira tua atau muda. Kesahihan kewujudan makhluk-makhluk mistik ini sering menjadi tanda tanya bagi segenap lapisan masyarakat yang suka terhadap makhluk-makhluk ini. Sesungguhnya, makhluk-makhluk fantasi ini sungguh menarik. Sehingga sekarang keberadaan mereka masih misteri. Berikut adalah 10 makhluk fantasi yang paling popular bagi manusia pada hari ini:

10. Kraken/ Leviathan

Kraken adalah sotong kurita gergasi yang yang ganas yang hidup di lautan dalam. Makhluk ini sangat ganas dan dikatakan dahulu banyak kapal-kapal telah dimusnahkan olehnya. Keberadaan Kraken di mana-mana lautan boleh membawa bencana kepada pelayar. Namun, kesahihan tentang kewujudan Kraken masih belum dipastikan. Tiada siapa yang tahu sama ada ia adalah benar atau sekadar fiksyen.

9. Makhluk Kacukan.

Pasti anda tahu Minatour (makhluk berbadan manusia berkepala lembu), Centaur (manusia berkaki kambing) dan Griffin (makhluk berbadan naga berkepala burung helang) bukan? Makhluk-makhluk ini wujud dalam banyak cerita-cerita mitos Barat dalam pelbagai versi.  Malah Chimera (Kacukan singa, naga dan kambing) boleh diklasifikasikan dalam kategori ini. Sesetengah spesies memiliki symbol mereka masing-masing contohnya seperti Pegasus simbol kepada kebaikan manakala Chimera adalah simbol kejahatan.

8. Burung Phoenix

Berasal dari mitologi kuno Yunani, burung yang berwarna-warni ini digunakan lambang awal agama Kristian. Seekor burung Phoenix dikatakan mampu hidup lama dan mati upacara api dan pembakaran hanya untuk dilahirkan semula dari abu-abu pendahulunya dan memulakan kehidupan abadinya yang baru. Sesetengah teks menyatakan Phoenix boleh hidup sehingga 1400 tahun sebelum kelahiran semula. Phoenix merupakan makhluk yang paling popular sehingga ia dimasukkan dalam sesetengah karya sasterawan seperti Novel Harry Potter.

7. Unikorn

Siapa yang tidak kenal dengan kuda ajaib ini. Kuda yang mempunyai tanduk ini merupakan haiwan mitos yang paling terkenal terutama dalam kalangan kanak-kanak. Haiwan ini mewakili kemurnian dan kemulian, dan hanya mereka hanya boleh ditawan oleh seorang dara.  Sesetengah percaya bahawa unicorn mungkin telah wujud dan mengalami kepupusan mungkin kerana tanduk mereka dikatakan boleh dijadikan ubat. Namun, teori ini masih tidak dapat dibuktikan.

6. Ikan Duyung / Siren

Amat biasa kita dengar tentang makhluk mitos ini dalam dunia sekarang. Makhluk-makhluk akuatik ini mempunyai tubuh badan seperti manusia dan bahagian bawahnya seperti ikan. Manakala Siren (bahagian atas seperti perempuan dan bahagian bawah seperti burung) adalah mimpi buruk bagi pelayar-pelayar. Mereka membuat pelayar-pelayar laut jatuh hati kepadanya dengan menggunakan kecantikan dan alunan suara merdu yang mereka miliki. Legenda ikan duyung mempunyai pelbagai versi dari pelbagai negara. Kewujudan duyung masih belum dipastikan kerana tiada bukti yang kukuh.

5. Serigala Jadian

Mereka adalah manusia yang berkeupayaan untuk merubah bentuk mereka kepada serigala atau seakan-akan serigala. Sesiapa yang digigit atau dicakar makhluk ini akan berasa kesakitan dan lama-kelamaan berubah menjadi serigala jadian. Dalam versi barat, serigala jadian hanya akan menjelma pada bulan mengambang penuh dan mereka akan menjadi kebal terhadap semua bentuk serangan kecuali senjata yang diperbuat dari perak.

4. Bigfoots/ Yeti

Bigfoot pada asalnya adalah manusia gergasi dan berbulu. Mereka dikatakan tinggal di hutan terutamanya di bahagian timur Lautan Pasifik. Walaupun mempunyai bukti berbentuk fotografi, saintis menyangkal keberadaan makhluk ini. Mereka mengganggap ianya hanyalah sebuah cerita rakyat, salah mengenalpasti haiwan terhadap haiwan lain. Alasannya lebih kepada tidak mempunyai bukti fizikal.

3. Puntianak (Vampire)

Puntianak merupakan makhluk yang jarang ditemui dan terdapat dalam pelbagai budaya di dunia walaupun dengan nama yang berbeza. Mereka adalah makhluk mitos yang sentiasa berkeliaran dalam sesebuah negara dan mencari mangsa untuk digigit serta menghisap darah dari seluruh badan mangsanya. Ada di antara mereka yang hebat dalam memikat dan berkeupayaan untuk merubah bentuk menjadi kelawar.

2. Naga

Makhluk reptilia lagenda ini boleh didapati dalam pelbagai versi di seluruh dunia. Tetapi versi Asia dan Eropah adalah yang paling popular. Bagi versi Asia, naga digambarkan mempunyai badan besar seperti cicak atau ular dan mempunyai dua pasang kaki serta ia mampu menghembuskan api dari mulutnya. Manakala naga Eropah ada sayap tambahan. Di Asia, naga dianggap sebagai simbol keberanian dan kebijaksanaan. Manakala di Eropah, naga hanyalah raksasa yang perlu dibunuh.

1. Nessie ( Raksasa Tasik Loch Ness)

Ia merupakan raksasa tasik yang popular di dunia. Ia mendiami Loch Ness, sebuah tasik berhampiran dataran tinggi Scotland. Terdapat banyak laporan mengenai penampakan Nessie sejak abad ke-6 termasuk tahun 1930-an yang mencetuskan kegilaan para pengembara. Tetapi saintis sentiasa menolak kewujudan makhluk ini yang menyebutnya sebagai mitos moden dan menjelaskan penampakan tersebut sebagai salah faham terhadap objek, pembohongan dan pemikiran yang tidak diingini.

Post a Comment

Previous Post Next Post