Makhluk Berbulu - Bigfoot

Apa itu ‘Bigfoot’?

Bigfoot atau dipanggil ‘Sasquatch’  yang bermaksud ‘makhluk berbulu’ dalam bahasa Asli Amerika. Bigfoot ialah sejenis beruk misteri berkaki dua (biped) yang ditemui di Amerika Syarikat dan Kanada. Kewujudannya masih belum disahkan walaupun banyak penemuan. Tingginya dianggarkan dua atau tiga meter dan beratnya 250 kilogram. Menurut saksi, bau badannya amat kuat. Sasquatch diliputi bulu berwarna coklat. Rupanya seakan-akan gorila dan cimpanzi. Makhluk ini dikatakan hidup di kawasan gunung dan hutan tebal. Ia merupakan makhluk jenis nokturnal (aktif pada waktu malam) dan omnivor.

Pandangan pakar terhadap bigfoot.

Bigfoot memang wujud!

Misteri mamalia di pergunungan?
Ahli zoologi mengatakan bigfoot sukar dikesan kerana habitatnya terletak di kawasan pergunungan pedalam dan hutan tebal. Ituah sebabnya tiada penemuan specimen untuk dikaji. Mereka yang memperjuangkan bigfoot mengakui kewujudannya berdasarkan kemunculan haiwan jarang dilihat seperti gorilla, sotong raksasa dan platipus. Kewujudan haiwan ini telah disahkan 100 tahun lalu. Jadi kenapa tidak bigfoot?

Keturunan bigfoot?                 
Beberapa ahli biologi berpendapat bigfoot mungkin salah satu spesies Gigantopithecus yang hidup lebih kurang 300 ribu hingga sejuta tahun lepas. Mereka membuat teori kemungkinan Gigantopthecus tidak pupus sebaliknya terus menyesuaikan diri dengan persekitaran geologi. Selain itu, ada ahli biologi membuat spekulasi mengatakan bigfoot ialah asal keturunan manusia. Jadi, manusia dikatakan keturunan Paranthropus yang wujud pada Zaman Batu.

Mitos!

Bukan keturunan bigfoot!
Selepas pelbagai kajian dilakukan, ahli paleontologi sebulat suara berpendapat Gigantopithecus merangkak seperti orang utan bukannya berjalan menggunakan dua kaki (biped). Sekali-sekala sahaja haiwan ini berdiri tegak. Selain itu, rekod fosil membuktian  beruk di Amerika Utara tidak berevolusi. Ini bermakna kes Sasquatch di Amerika Utara tiada kaitan dengan Gigantopithecus.

Khayalan fantasi!
Ramai pakar mengatakan bigfoot tidak wujud kerana tiada bukti kewujudannya, fosil atau rangka ditemui. Ditambah siri penemuan mungkin hanya gurauan atau salah faham antara beruang dan beruk. Kesimpulannya, Bigfoot memang tidak wujud malah hanya imaginasi semata-mata.

Kesan tapak kaki

Berita penemuan Gigantopithecus sudah lama diketahui Orang Asli Amerika Utara namun tidak disebarkan. Pada 17 Januari 1811, pengembara bernama David Thompson menemui kesan tapak kaki berukuran 35 sentimeter panjang dan 20 sentimeter lebar kononnya kepunyaan Bigfoot.

Kebenaran ada di luar sana!!!

Pada Oktober 1967, seorang rakyat Amerika bernama Roger Patterson bersama rakannya meredah gunung di utara California. Lalu mereka ternampak makhluk berbulu seperti manusia dengan ketinggian dua meter di tebing sungai. Ia berlari masuk ke dalam hutan sebaik sahaja nampak manusia. Tetapi Patterson sempat merakam gaya bigfoot yang seakan-akan manusia. Sejak itu, Patterson-Gilmlin Film menjadi sumber penyelidikan saintifik bigfoot. Pada tahun 2004, Bob Heironimus mengatakan rakaman tersebut satu penipuan. Menurut Heironimus, Patterson telah mengupahnya $1000 untuk memakai kostum bigfoot. Bagaimanapun rakan Patterson, Gimlin menafikannya. Persoalannya, adakah bigfoot benar-benar wujud?
Foto daripada rakaman oleh Roger Patterson di sekitar gunung utara di California.


Misteri bigfoot Malaysia?

Pada tahun 2005, khabar angin mengatakan ada bigfoot di hutan Johor. Menurut Orang Asli di situ, mereka pernah melihat makhluk berbulu berkaki besar berkeliaran mencari buah-buahan malah petani di kawasan itu juga pernah mendengar tapak kaki pelik. Pengembara dan wartawan juga pernah melihat kesan tapak kaki besar. Selain itu, tiga orang penduduk mendakwa pernah melihat bigfoot ketika memancing.

Keluarga besar bigfoot?

Di samping bigfoot Amerika Utara, ada juga haiwan serupa ditemui di negara lain. Antaranya ‘yeren’ di China, ‘sasquatch’ di Kanada, ‘mapinguari’ di Brazil, ‘yowie’ di Australia, ‘sajarang gigi’ di Indonesia, ‘yeti’ di Nepal, ‘mande barung’ di benua kecil India dan ‘mawas’ di Malaysia.

Post a Comment

Previous Post Next Post