Setelah anda mati, otak masih bekerja untuk tempoh masa lebih dari 10 minit.
Pemahaman kita tentang kematian amat ringkas. Kita menganggap manusia itu telah meninggal dunia seandainya jantung mereka telah tidak berfungsi lagi. Dalam erti kata lain tidak berdegup. Sistem pernafasan dan sistem peredaran juga tidak berfungsi. Seluruh tubuh badan tidak boleh bergerak dan tiada tanda kita masih hidup.
Walaupun jantung tidak berdegup, otak anda masih lagi bekerja sebenarnya. Dan mungkin ia menjadi anggota tubuh badan yang paling akhir akan mati. Saat sebelum mati, otak anda akan menerima satu lonjatan elektrik. Tiada siapa yang tahu kenapa ia terjadi. Pada saat itu, otak akan mula kehilangan oksigen. Walaupun pernafasan dan degupan jantung anda berhenti, anda masih lagi dalam keadaan sedar antara 2 hingga 20 saat. Hal ini disebabkan korteks serebrum dapat bertahan walaupun tanpa oksigen. Korteks serebrum bertanggungjawab dalam berfikir dan dalam membuat keputusan. Ia juga berperanan untuk memproses maklumat yang dibawa oleh organ deria kita kepada suatu gerak balas. Meskipun aktiviti ini berlaku di dalam korteks serebrum, anda akan kehilangan ke semua gerak balas refleks dan kemampuan otot sebelum mati.
Jika terdapat seseorang berjaya memulihkan tindakan pengepaman jantung melalui CPR atau alat bantuan sokongan, otak anda dapat menerima bekalan oksigen yang cukup untuk sedar kembali. Jika ia tidak oksigen, otak anda akan mula menyerah.
Kebanyakan daripada otak kita sekarang telah mati. Tetapi terdapat satu lagi tempat yang tidak seharusnya mengaku kalah dengan mudah. Ia adalah pusat memori di mana semua memori yang beremosi yang pernah dialami tersimpan di situ. Kawasan ini tidak akan terdedah kepada kehilangan darah walaupun mengalami kecederaan yang serius. Pusat memori merupakan bahagian otak yang paling terakhir akan mati. Sebelum ia mati, pusat memori akan memberi gambaran tentang kenangan-kenangan yang pernah dialami oleh si mati di hadapan matanya sendiri.
Electroencephalographic (EEG) |
Setelah doktor menutup alat sokongan bagi pesakit yang disahkan meninggal dunia, otak masih lagi dalam keadaan aktif bagi tempoh 10 minit. Apabila mereka mengimbas otak mereka menggunakan electroencephalographic (EEG) pada pesakit ini, mereka menemukan bacaan yang berbeza bagi setiap satu. Ini mungkin bermaksud yang setiap dari kita akan melalui suatu pengalaman yang uni apabila kita mati nanti.
Dua hari selepas kematian, lebih daripada 1000 gen masih bekerja di dalam badan. Sebahagian daripada gen-gen ini adalah sangat aktif dan mempunyai fungsi yang penting dalam tubuh badan. Contohnya, merangsang keradangan, meningkatkan ketahanan sistem imun dan melawan stress. Tapi terdapat juga sebahagian gen-gen ini hanya berfungsi semasa perkembangan embrionik. Ia adalah mungkin disebabkan badan sedang cuba untuk menyelamatkan dirinya daripada kematian yang bakal terjadi.
Segelintir daripada ia, walaubagaimanapun, menggalakkan pertumbuhan kanser. Persoalannya, kenapa badan masih lagi memulakan pertumbuhan kanser walaupun setelah dua hari mati? Apakah fungsi pertumbuhan kanser di dalam badan yang sudah mati? Ia mungkin disebabkan penafsiran kita yang salah tentang kematian.
Adakah ia suatu yang beretika untuk menyatakan seseorang itu telah mati sedangkan sebahagian tubuhnya masih berjalan?
Dan apa pula ertinya kepada mereka yang organnya telah didermakan sejurus mereka meninggal dunia?
Patutkah kita menjadi lebih peka dan berhati-hati apabila menjalankan autopsi ke atas tubuh yang sudah mati?
Hanya masa dan kajian yang lebih mampu merungkai permasalahan ini untuk kita.
Tags:
Lain-lain