Manusia adalah spesies yang bijak. Dari zaman batu hingga sekarang, pelbagai alatan berjaya dicipta bagi memudahkan kehidupan seharian. Jika manusia purba mencipta alat memburu menggunakan batu, manusia moden boleh membangunkan pelbagai teknologi sehingga membolehkan penerokaan angkasa lepas dilakukan. Berikut adalah ciptaan yang paling sepanjang zaman.
10. Imbasan Magnetik Resonan (MRI)
Jutaan nyawa manusia dapat diselamatkan dengan terciptanya alat pengimbas berasaskan Magnetik Resonan yang dapat mengimbas pesakit keseluruhan badannya tanpa sedikit rasa sakit. Ciptaan menakjubkan ini direka oleh saintis Amerika iaitu Raymond Damadian berdasarkan kajiannya terhadap Prinsip Magnetik Resonan Nuklear. Alat pengimbas MRI pertama digunakan secara komersial pada tahun 1977.
9. Satelit komunikasi
Satelit komunikasi pertama di dunia dicipta oleh unit ketenteraan Amerika Syarikat (AS) dan dilancarkan ke angkasa lepas pada tahun 1958. Satelit tersebut telah memancarkan suara Presiden Dwight Eisenhower dari bumi melalui satelit dan kembali ke bumi untik rakyat AS.
8. Transistor
Dunia elektronik komputer mungkin tidak akan maju sekarang sekiranya transistor tidak dihasilkan. Melalui teknologi semikonduktor, perantik elektronik transistor telah menghasilkan pelbagai produk elektrik dan elektronik dan kalkulator sehinggalah komputer tercanggih pada masa ini. Transistor 3 terminal (source, drain dan gate) dicipta oleh tiga saintis iaitu William Shockley, Walter Brattain dan John Bardeen dan melayakkan mereka menerima Anugerah Nobel Fizik pada tahun 1956 atas kejayaan mereka.
7. Mentol.
Dicipta oleh Thomas Edison. Pada tahun 1879,mentol-mentol lampunya telah digunakan di bagunan yang menempatkan makmalnya di sebuah jalan di New Jersey. Revolusi perindustrian dan peningkatan permintaan pasaran lampu membuatkan Thomas Edison menjadi sangat terkenal di dunia dengan hasil ciptaannya.
6. World Wide Web (WWW)
Saintis komputer, Tim Berners-Lee menghasilkan jaringan sejagat WWW kira-kira 25 tahun dahulu. Dengan jaringan www, manusia dapat berhubung dalam dunia tanpa sempadan serta mendapat maklumat hanya di hujung jari.
5. Roda
Roda dicipta pada tahun 3000 Sebelum Masihi oleh tamadun Mesopotamia. Pada asalnya, ia digunakan sebagai roda pemutar dalam pembuatan tembikar sebelum berkembang menjadi alat pengangkutan. Kesimpulannya, roda telah mengubah kehidupan manusia.
4. Penisilin
Pensilin merupakan salah satu jenis ubat antibiotik. Penisilin dieproleh daripada kulat yang bernama Penisilium. Dalam Perang Dunia Kedua, ramai askar telah diselamatkan kerana luka mereka dapat dirawat dengan penisilin. Ia ditemui oleh saintis Scotland, Alexander Fleming pada tahun 1928.
3. Komputer
Komputer adalah sebuah mesin elektronik yang amat berguna pada zaman dahulu dan sekarang. Komputer dapat meringankan kerja seharian manusia, membantu melakukan tugas-tugas manusia dengan cepat dan tepat. Komputer adalah sebuah mesin yang holeh diprogramkan untuk kepelbagaian guna.
2. Enjin pembakaran dalam.
Penciptaan enjin pembakaran dalam atau internal combustion engine membolehkan pelbagai mesin moden seperti kenderaan dan kapal terbang dibangunkan.
1. Kompas
Kompas adalah alat paling tepat untuk menunjukkan arah di muka bumi. Sejarawan mendapati kompas mula dicipta oleh China pada abad ke-11 dan hanya digunakan oleh ahli pelayaran Eropah pada 1300 Masihi. Kompas mengandungi anak panah yang dibuat daripada jarum besi bermagnet yang berdasarkanedan magnet di bumi. Empat arah utama kompas ialah Utara, Selatan, Timur dan Barat.
Tags:
Dunia Top 10