Alam Cakerawala



Bagaimanakah alam semesta tercipta?

Banyak kajian dijalankan oleh saintis untuk memahami enigma pembentukan alam semesta, satu teori paling diyakini ialah ‘Big Bang’ (teori Letupan Besar). Dikatakan sekitar 5 bilion dahulu, semua benda berkumpul di satu tempat berketumpatan tinggi dan suhu tinggi yang ekstrem menyebabkan letupan gergasi. Sisa letupan kemudian tersebar luas memulakan pembentukan alam semesta. Ramai percaya alam semesta masih lagi berkembang. Ahli astronomi Amerika, Edwin Powell Hubble menyatakan sempadan luar alam semesta semakin menjauhi daripada Bima Sakti.

Adakah jarak antara Bumi dan Matahari terkesan dengan perkembangan ini?

Pada 1929, Hubble mengubah persepsi manusia tentang alam semesta ketika beliau menemui hubungan antara kelajuan galaksi menjauhi Bumi dan jarak perkadaran dari planet kita. Teori ini dikenali sebag
ai ‘hukum Hubble’. Semakin jauh jarak, semakin meningkat halaju. Jika ini benar, adakah jarak Bumi dan Matahari terkesan dengan perkembangan ini? Perkembangan alam semesta memberi kesan terutamanya kepada sempadan alam semesta, sementara jarak Matahari dan Bumi serta orbit planet ditentukan oleh daya graviti. Jadi, perkembangan alam semesta tidak memberi kesan kepada jarak antara planet.

Kelahiran Sistem Solar

Sistem solar terbentuk sebagai sebahagian awan molekul; lapan planet dan serpihan cakerawala (asteroid dan komet) mengelilingi satu pusat, matahari yang statik. Kerana itulah ia digelar sistem solar (berpusatkan matahari). Terdapat banyak teori mengenai pembentukannya; teori paling popular ialah hipotesis nebula, planetesimal dan gelombang. Ahli falsafah Jerman, Immanuel Kant dan ahli astronomi Perancis Pierre-Simon Laplace mengembangkan konsep ahli teologi Sweden, Emanuel Swedenborg; hipotesis nebula menyatakan awan nebula berpusing sehingga ia mengecil kerana gravitinya sendiri, pusatnya membentuk gabungan matahari manakala lapisan luar membentuk cakera protoplanet yang akan membentuk planet.
Ahli Geologi Amerika Thomas Chrowder Chamberlin dan ahli astronomi Forest Ray Moulton mencadangkan teori planetesimal Chamberlin-Moulton berdasarkan idea tarikan graviti antara matahari di awal pembentukan dengan bintang berdekatan membentuk planet. Planet-planet terbentuk daripada sisa bahan dilepaskan oleh matahari yang bertumpu dalam cakera mengelilinginya termampat menjadi planet. Ahli fizik British Sir James Hopwood Jeans dan ahli astronomi Sir Harold Jeffreys membayangkan hipotesis gelombang yang kini telah diperbaiki dan mengembangkan konsep Chamberlin dan Moulton.
Lapan planet dalam sistem solar boleh dibahagikan kepada planet bumian dan Jovian. Planet bumian lebih kecil dengan permukaan lebih pejal mengandungi batu dan besi. Planet bumian ialah Utarid, Zuhrah, Bumi, dan Marikh. Planet Jovian pula planet gas gergasi iaitu Musytari, Zuhal, Uranus dan Neptun yang terdiri daripada hidrogen, helium, ammonia dan pelbagai gas lain.

Susunan Planet-Planet Dalam Sistem Suria

Post a Comment

Previous Post Next Post