Nessie,Si Penghuni Tasik Loch Ness?

Apakah raksasa Loch Ness wujud?

Raksasa Loch Ness ialah makhluk akuatik yang kononya menghuni Tasik Loch Ness, Scottish Highlands, Scotland. Menurut saksi, makhluk yang diberikan nama ‘Nessie’ ini mempunyai kepala kecil dan kepala panjang, badan bulat dan besar. Ciri makhluk ini membawa kepada persepsi kelangsungan hidup spesies Plesiosaur yang telah pupus pada akhir Zaman Batu Kapur. Ada juga dakwaan dari tahun 1200 hingga Jun 2011 mengatakan kelibat raksasa ini muncul di permukaan air kemudian menyelam dengan cepat. Bagaimanapun kewujudan ‘Nessie’ masih tidak dapat dibuktikan hingga kini.

Kenapa ramai yang berminat dengan ‘Nessie’?

Ada testimoni saksi menyokong kewujudan makhluk Tasik Loch Ness ini. Tetapi mitos raksasa Loch Ness ini menarik perhatian ramai setelah gambar yang diambil oleh Marmaduke Wetherhell dan anaknya, Christian Spurling disiarkan. Ia juga meyakinkan orang ramai mengenai penemuan terdahulu oleh Robert Kenneth Wilson, seorang doktor. Walaupun imejnya kurang jelas tetapi bentuk kepala kecil dan leher panjang kelihatan seperti Plesiosaur. Bagaimanapun gambar-gambar ini didapati palsu pada tahun 1994. Namuun sehingga kini masih banyak gambar dan video mengenai raksasa ini dirakamkan menyebabkan ramai percaya kewujudan ‘Nessie’ di Tasik Loch Ness.

Wujudkah raksasa Loch Ness?

Raksasa Tasik Loch Ness merupakan antara mitos moden yang popular di dunia. Ia berjaya menarik perhatian pelancong ke Loch Ness dengan harapan bertembung dengan makhluk sebenar. Ekoran kemunculan makhluk misteri ini ada juga teori lain seperti:
  • Gajah.  Pada tahun 2006, ahli paleontology, Neil Clark membuat andaian kemunculan makhluk tersebut mungkin disebabkan kolam pakiderma (haiwan seperti gajah dan badaak sumbu). Pihak sarkas membawa gajah-gajah mereka berendam di dalam tasik semasa dalam perjalanan ke Inverness pada tahun 1930-an. Apabila gajah menenggelamkan badan ke dalam air, belalainya akan kelihatan di permukaan. Manakala kepala dan belakang badan disalah tafsir sebagai kepala dan badan ‘Nessie’
  • Belut.  Pada tahun 2004, ahli zoologi Richard Freeman bersama Jon Downes mewakili Centre for Fortean Zoology (CFZ) membuat teori mengatakan makhluk di Loch Ness sebenarnya adalah belut yang tidak mampu menghasilkan telur. Manakala kebanyakan belut di situ bermigrasi ke Laut Sargasso untuk bertelur. Oleh sebab ketiadaan pemangsa semula jadi, belut yang berada di Lochness membesar lebih daripada saiz biasa dan disangka sebagai ‘raksasa’ misteri.
  • Gempa bumi.  Ahli geologi Pusat Penyelidikan Negara Itali, Luigi Piccardi mengatakan keadaan kocakan air semasa ‘raksasa’ Loch Ness muncul adalah hasil fenomena gempa bumi. Loch Ness terletak sepanjang gelinciran dikenali Great Glen Fault dan sebarang aktiviti kecil seismik akan menghasilkan gegaran. Keadaan ini akan menyebabkan tasik berkocak.
  • Pokok pain.  Sekitar 10 ribu tahun dahulu, Tasik Loch Ness dikelilingi hutan pokok pain sebelum tenggelam pada akhir Zaman Ais akibat peningkatan paras air tasik. Kombinasi tekanan, penguraian organik dan resin pokok menghalang pembebasan gas menyebabkan pokok yang reput timbul di permukaan, kemudian membebaskan gas sebelum tenggelam semula. Jadi, pokok pain yang terapung dan tenggelam ke dalam tasik kelihatan seakan-akan ‘raksasa’ apabila dilihat dari jauh.

Post a Comment

Previous Post Next Post