Bertubuh manusia berkaki seperti ikan wujudkah?

Apa itu ikan duyung?

Ikan duyung merupakan ikan legenda akuatik yang dikatakan mempunyai bahagian kepala hingga badan yang menyerupai perempuan dan bahagian bawah seperti ikan. Ikan duyung sering diceritakan dalam kisah-kisah dongeng duduk di atas batu sambil menyisir rambut dan menyanyi dengan merdu. Namun, dalam versi negara lain, ikan duyung dianggap pembawa malapetaka.

Adakah ikan duyung baik hati?

Menurut kisah dongeng, ikan duyung mungkin cantik tetapi tidak baik hati. Ia dikatakan menggoda lelaki dengan nyanyian merdu hingga menyebabkan mereka jatuh ke laut sebelum dimakan. Itulah sebabnya pelaut menganggap mereka akan terkena musibah sekiranya terlihat ikan duyung di laut.

Adakah ikan duyung ‘lelaki’ wujud?

Ya. Ikan duyung ‘lelaki’atau dikenali ‘mermen’ dalam bahasa inggeris dikatakan sangat merendah diri dan jarang kelihatan berbanding pasangannya. Menurut kisah dongeng, ia sangat kejaam dan mungkin memakan anaknya sendiri jika lapar atau apabila pasangannya tidak menyediakan makanan. Bagaimanapun, mermen sangat sayangkan pasangannya. Ia akan menurunkan hujan lebat dan menenggelamkan kapal layar jika ikan duyung betina disakiti.

Legenda ikan duyung pelbagai negara 

Ikan duyung China.

Dalam bahasa Cina, ikan duyung dipanggil ‘jiaoren’ bermaksud ‘orang naga’. Ia dikatakan berketinggian 1.5 hingga 1.8 meter. Badan ikan duyung dikatakan dibaluti bulu halus sutera dan digelar ‘jiaoxiao’ iaitu ‘ikan duyung sutera’.

Ikan duyung Eropah.  

Ikan duyung dalam mitos orang Eropah dikatakan menyesatkan pelayar dengan penampilan menawan dan nyanyian merdu. Ia digambarkan mempunyai ekor terbelah dua dalam lukisan purba barat.

Ikan duyung Jepun. 

Rupa ‘ningyo’ atau ‘ikan manusia’ sangat mengerikan tetapi mempunyai sisik keemasan dan suara merdu. Ia dipecayai makan manusia untuk hidup kekal dan membawa ribut taufan serta bencana jika ada yang terdampar di pantai.

Ikan duyung dalam mitos klasik – Siren

Menurut mitos Yunani, Siren mempunyai sejarah hidup lebih panjang daripada ikan duyung lain. Bahagian atas badan Siren seperti perempuan tetapi bawahnya seperti burung. Siren menyanyi merdu seperti ikan duyung lain serta menenggelamkan kapal berhampiran kepulauan batu Siren. Menurut legenda, Siren ialah pembantu Persephone (Permaisuri alam ghaib) yang diberi sayap oleh Demeter untuk mencari Persephone setelah dilarikan Hades.

Post a Comment

Previous Post Next Post