Hujan


Cara Pembentukan Hujan

Pembentukan hujan berkait rapat dengan awan. Titisan air dalam awan terus berkondensasi dan terus mengembang. Apabila awan bertembung sesama sendiri, titisan air akan bergabung dan berkembang. Selepas titisan air cukup berat dan tiupan angin tidak lagi mampu mengekalkannya di langit, hujan akan turun akibat ditarik graviti.

Kitaran Hujan

Pada waktu siang, cahaya matahari yang terik akan menyejatkan air laut, sungai, tasik dan sebagainya lalu membentuk wap air. Proses ini dinamakan penyejatan. Wap air panas akan naik ke udara dan membentuk awan. Awan mengandungi titisan-titisan air yang kecil. Apabila titisan air semakin banyak, awan akan menjadi berat dan tidak dapat menampung beratnya. Kemudian, titisan air dalam awan akan terkondensasi lalu membentuk hujan. Air hujan akan jatuh ke bumi dan mengalir ke sungai. Kemudian kembali semula ke laut untuk meneruskan kitaran hujan.

Proses Pembentukan Hujan di Kawasan Beriklim Sejuk dan Kutub

Di kawasan panas atau sejuk, awan sentiasa mengandungi wap air dan ketulan ais halus yang berkumpul. Wap air yang terbentuk daripada proses sejatan titisan air dalam awan sentiasa mengalami perlanggaran dengan ketulan ais lalu membentuk ketulan yang besar. Akhirnya, apabila ia berat, ia akan jatuh ke bumi. Apabila ia jatuh tanpa melebur, ia adalah salji. Sebaliknya, apabila ia jatuh dan melebur, ia adalah hujan. 

Proses Pembentukan Hujan di Kawasan Beriklim Tropika

Di kawasan yang panas, titisan air yang terkandung dalam awan berlanggaran antara satu sama lain dan membentuk titisan air yang lebih besar, lalu jatuh menjadi air hujan.

Klasifikasi Hujan

Hujan perenggan

Ia berlaku apabila udara panas dan sejuk bertemu dan menyebabkan perenggan. Dua bentuk utama ialah hujan perenggan dingin dan hujan perenggan panas. Manakala bentuk lain adalah perenggan pegun dan perenggan taup.

Perbezaan hujan perenggan dingin dan hujan perenggan panas

Hujan perenggan dingin
Pembentukan
Hujan Perenggan Panas
Jisim udara sejuk bergerak ke arah jisim udara panas
Pergerakan Jisim Udara
Jisim udara panas bergerak kearah jisim udara sejuk
Lebih pendek (setengah hari hingga dua hari)
Tempoh Masa
Lebih panjang (boleh berlanjutan hingga beberapa hari)
Kuat
Bentuk
Lemah


Hujan Perolakan

Ia turun bagaikan pancuran dengan kelebatan berubah-ubah. Biasanya berlaku latitude rendah terutama negara tropika.
Di bawah cahaya matahari terik, udara lembap berkembang dan naik dengan cepat. Ia kemudian membentuk awan apabila sampai ke kawasan udara sejuk di altitud tinggi. Awan kumulonimbus tinggi akan terbentuk dan menyebabkan hujan lebat.

Hujan Bukit

Terbentuk apabila udara lembap terhalang. Hujan bukit terjadi di kawasan hadap angin dan bayang hujan boleh dilihat di bahagian lindung angin.
Udara lembap naik menyusuri cerun dan berkondensasi menjadi awan apabila udara lembap bertemu udara sejuk di altitud tinggi. Ia kemudian membawa pada kerpasan (hujan).

Bagaimanakah pembenihan awan dijalankan?

Pembenihan awan ialah proses menabur partikel kimia ke dalam awan untuk menghasilkan hujan. Pembenihan awan dijalankan apabila adanya awan di mana suhu dalam awan tersebut boleh direndahkan. Apabila suhu menurun, titisan air akan mengembang dan menjadi berat lalu hujan turun akibat ditarik graviti. Argentum iodide dan ais kering biasanya digunakan untuk pembenihan awan.

Bagaimana untuk mengukur curahan hujan?

Jabatan Meteorologi menggunakan tolok hujan untuk mengumpul dan mengukur curahan hujan di kawasan tertentu. Air hujan dikumpul kemudian diukur dalam millimeter. 
INFO ----  hujan tahunan di Malaysia mencecah 2,500 mm atau 2.5 m.


Apa itu hujan asid?

Air hujan dengan kadar pH kurang daripada 5.6 dikenali sebagai hujan asid. Hujan asid terjadi disebabkan pengeluaran sulfur dioksida dan nitrogen oksida yang kemudian bertindak balas dengan molekul air dalam atmosfera untuk menghasilkan asid. Gas asid biasanya dikeluarkan oleh kilang.

Hujan Batu!!!?

Hujan batu terbentuk dalam awan kumulonimbus padat. Oleh kerana alir naik kuat berlaku di awan kumulonimbus, titisan air dinaikkan semakin tinggi ke altitud bersuhu di bawah 0°C lalu beku menjadi batuan ais. Batuan ini mengembang apabila aliran angin menaikkannya lagi sehinggalah ia cukup berat dan jatuh ke bawah. Inilah yang digelar hujan batu jika ia jatuh ke tanah sebelum mencair.

Apa itu hujan panas?

Hujan panas sebenarnya adalah hujan perolakan. Hujan perolakan turun secara tiba-tiba dan sekejap. Hujan panas sering terjadi semasa cuaca panas. Saiz awan perolakan besar. Kadangkala kecil beberapa kilometer sahaja. Ketika awan perolakan bersaiz kecil, ia tidak mampu menghalang matahari. Maka, terjadilah hujan panas.
Semasa hujan panas, kita tidak nampak awan kerana sebelum hujan turun, awan hujan telah hilang.

***Info Tambahan***

Apa itu Kerpasan?

Kerpasan ialah jumlah air yang turun ke bumi sama ada dalam bentuk titisan hujan, salji, hujan batu, mahupun embun. Kebiasaannya paras air diukur dalam unit milimeter(mm).
INFO--- Air hujan sebenarnya berbentuk seperti pau bukannya tirus. Hal ini kerana apabila hujan turun, bahagian bawah titisan air itu menerima rintangan, lalu terhasillah titisan berbentuk seperti pau.

Post a Comment

Previous Post Next Post