Petua Cuaca

Oleh kerana kekurangan ilmu pengetahuan mengenai cuaca, orang Cina zaman dahulu memerhatikan keadaan cuaca dan membuat beberapa petua supaya mudah diingat dan dapat meramal cuaca.

Petua menarik.

Biasanya ia dalam bentuk ungkapan menarik. Antaranya:

1. Apabila burung layang-layang terbang rendah, hujan pasti menyusul.

Apabila burung layang-layang terbang rendah, ia hujan akan turun. Oleh kerana udara semakin lembap, titisan air di udara terkumpul pada badan serangga lalu menjadi berat. Memandangkan badan serangga berat dan tidak dapat terbang tinggi, burung layang-layang perlu terbang rendah untuk memburunya.

2. Apabila hujan tiba, anjing dan semut akan naik ke tempat tinggi.

Semut naik ke tempat lebih tinggi, ia menandakan hujan lebat akan berlaku. Anjing dan semut sangat sensitif kepada kelembapan udara. Kebolehan ini membantu mereka menyelamatkan diri sebelum banjir.

3. Labah-labah memintal sarang di bawah cahaya matahari.

Labah-labah yang membuat sarang di luar takutkan hujan. Apabila labah-labah dapat mengesan hari yang cerah, ia akan memintal bersarang.

4. Solstis musim sejuk yang basah akan membawa kepada solstis musim bunga kering, solstis musim sejuk yang kering akan membawa kepada solstis musim bunga basah.

Jika hujan pada solstis musim sejuk, hari sambutan tahun baru akan cerah. Jika cerah ketika solstis musim sejuk, hari tahun baharu kemungkinan akan hujan.

5. Hantu pada Pertengahan bulan ke-7 tak menakutkan langsung berbanding hujannya.

Jika hujan pada malam sambutan hantu lapar iaitu hari ke-15 bulan ke-7 kalendar lunar, ia dijangkakan sangat lebat hingga mengakibatkan banjir.

6. Kabus pagi, cerah sepanjang hari.

Jika kabus muncul pada waktu pagi di kawasan anda menunjukkan hari itu akan cerah.

7. Awan jingga di pagi hari, jangan keluar. Awan jingga dikala senja, pergilah sejauh mata memandang.

Awan jingga pada waktu pagi menunjukkan hujan akan turun pada hari itu. Jika awan jingga muncul pada waktu senja, esoknya pasti cerah.

Post a Comment

Previous Post Next Post