Apakah akan terjadi sekiranya batu karang di bumi mati?


Peningkatan suhu air akan membunuh batu karang di seluruh planet. Apabila mereka lenyap dari muka bumi, kita akan mengalami masalah yang amat besar. Jutaan spesies yang bergantung kepada batu karang untuk memperoleh makanan, tempat tinggal, dan perlindungan akan mati. Ini akan memberi kesan terhadap biodiversiti di bawah laut.

Sekitar 85 peratus daripada oksigen kita dihasilkan oleh tumbuhan marin di laut. Sebahagian besarnya adalah daripada sistem Terumbu Sawar Besar atau nama inggerisnya 'Great Barrier Reef'. Tanpa mereka, kita akan kehilangan sumber oksigen terpenting yang membolehkan kita bernafas. 

Kebanyakan ubat-ubatan diperbuat daripada haiwan dan tumbuhan terumbu karang. Kemusnahan mereka boleh membawa kepada kehilangan besar terhadap sumber ubat-ubatan yang menyelamatkan nyawa. Batu karang menarik jutaan pelancong, di mana ia membantu meningkatkan ekonomi global. Tanpa mereka, jutaan dollar dan jutaan pekerjaan akan hilang.
Kemusnahan terumbu karang menjejaskan ekosistem hidupan dasar laut.
Sekitar 8 juta spesies organisma yang hidup di terumbu karang masih belum dijumpai. Memusnahkan terumbu akan menghapuskan peluang yang ada untuk menemui spesies-spesies ini. Terumbu karang melindungi kawasan tepi pantai daripada kerosakan akibat kesan tindakan ombak dan ribut tropika. Jika terumbu karang sudah mati, tindakan ombak dan hakisan akan membawa kepada bencana.

Terumbu karang membantu dalam memperbaiki kuantiti karbon dan nitrogen serta membantu dalam kitaran nutrisi. Tanpa mereka, kitaran ini akan mengalami ketidakseimbangan yang amat besar. Menurut pakar analisis, sekiranya suhu bumi meningkat sebanyak 2 darjah celcius dalam masa 10 tahun lagi, keseluruhan batu karang akan mati. Dan juga lebih 90 peratus daripada terumbu karang di seluruh dunia dijangkakan akan mati pada tahun 2050.


KECUALI KITA MENGAMBIL TINDAKAN DAN SELAMATKAN MEREKA!!!


Saintis pada ketika ini sedang mengusahakan untuk membesarkan batu karang di dalam makmal. Kemudian menanamnya kembali ke kawasan terumbu karang. Prosedur tersebut melibatkan pengumpulan telur dan sperma batu karang dari air. Tambahan pula, mereka juga dibaja dan dijaga di dalam makmal.

Sebelum memulangkan semula anak terumbu karang ke habitat semula jadinya. Para pengkaji juga menggunakan kaedah pembiakan terpilih untuk menyelamatkan terumbu karang. Terumbu karang yang dipilih akan mempunyai ketahanan yang kuat bagi menghadapi keadaan lautan yang teruk pada masa akan datang. Termasuklah pertambahan suhu dan keasidan di air laut.

Post a Comment

Previous Post Next Post