Kelahiran Bumi

Air, karbon dioksida dan metana kemudian membentuk atmosfera selepas impak pancuran meteor menurun. Ini membolehkan permukaan Bumi menyejuk dan memejal. Teras bertekanan tinggi meletuskan batu lebur bersuhu tinggi atau magma membentuk gunung berapi pertama. Setelah magma menyejuk, membentuk lava, wap air dalam bentuk stim dilepaskan ke atmosfera. Kemudian stim menyejuk dan membentuk hujan yang menjadi sumber air pertama.
Tanda-tanda kehidupan
Melalui kajian mendalam, hanya Bumi istimewa dalam alam semesta ini; tiga perempat planet dilitupi air dan merupakan satu-satunya planet sesuai didiami. Utarid tiada atmosfera serta permukaanya sama ada terlalu panas atau terlalu sejuk. Manakala suhu permukaan Zuhrah mencecah 480°C tanpa sebarang cecair. Air merupakan sumber yang paling penting dan asas kepada kehidupan organik. Kira-kira 3.5 bilion tahun dahulu, bentuk hidupan pertama muncul dari lautan prasejarah; mikroorganisma sel tunggal seperti bacteria kemudiannya berevolusi menjadi organism lebih kompleks membentuk asas rantai makanan, menghasilkan makanan dengan cahaya matahari melalui fotosintesis.
Evolusi Kehidupan
Selepas kemunculan bentuk hidupan pertama, variasi dan penggandaan mendadak berlaku sekitar 3 bilion tahun lalu di mana Bumi mengalami apa yang saintis gelarkan sebagai ‘Letupan Kambria’. Era sebelum Kambria ialah Proterozoik, manakala era seterusnya digelar Paleozoik, Mesozoik dan Senozoik. Ahli paleontologi menggunakan radionuklida untuk megukur permulaan dan pengakhiran tempoh geologi. Kaedah ini memudahkan kajian pada fosil untuk memahami evolusi dan kepupusan amfibia, reptilia, burung dan mamalia serta mengenal pasti secara tepat kemunculan manusia.
![]() | |
Ilustrasi Zaman Kambria |
Tags:
Astronomi