Apa itu kilat?
Pergerakan kristal ais dan cas-cas partikel dalam awan |
Kilat adalah nyahcas elektrostatik yang biasanya terbentuk dalam awan kumulonimbus. Ia berlaku apabila titisan air atau emping ais berlanggar serta bergeser antara satu sama lain dengan kerap ketika bergerak. Geseran ini kemudian menghasilkan cas postitif dan negatif lalu membentuk awan kilat.
Cas positif mempunyai jisim yang lebih ringan maka ia akan berada di atas awan manakala cas negatif mempunyai jisim yang lebih berat berada di bahagian bawah awan. Apabila cas-cas negatif dan positif bertambah banyak, percikan kilat besar akan terhasil di dalam awan disebabkan tarikan antara dua cas tersebut.
Tiga jenis kilat
- Antara awan. Kilat antara awan berlaku apabila berlaku perolakan kuat dalam awan kumulonimbus. Cas positif perlahan-lahan berkumpul di bahagian atas manakala cas negative berkumpul di bahagian bawah awan. Nyahcas antara dua cas berbeza ini dikenali kilat antara awan.
- Awan ke awan. Teorinya sama dengan kilat antara awan, cuma kilat ini hanya berlaku dalam awan dengan cas berbeza.
- Awan ke tanah. Jenis kilat ini paling biasa dilihat. Oleh kerana bahagian bawah dipenuhi cas negatif, nyahcas bergerak dari atas ke bawah dan kilat menyambar terus ke tanah. Sambaran ulang-alik berlaku antara awan dan tanah kerana kedua-duanya mempunyai cas berbeza.
Pembentukan kilat semasa letusan gunung berapi dan rebut debu
Tahukah anda, aktiviti gunung berapi juga menhasilkan panahan kilat. Menurut dua kajian yang oleh para saintis, mereka memberikan dua pendapat yang berbeza dalam menerangkan bagaimana pembentukan kilat ini boleh berlaku. Pendapat pertama menyatakan aliran kilat ini terbentuk disebabkan oleh aliran elektrostatik, dari partikel bergesel dengan partikel di dalam awan debu tebal gunung berapi berdekatan tanah. Kajian ini dijalankan oleh pengkaji-pengkaji dari Ludwig Maximilian University di Munich, Germany yang diketuai oleh Corrado Cimarelli, seorang ahli kaji gunung berapi di sana. Mereka menjadikan gunung berapi Sakurajima di Jepun sebagai bahan kajian mereka. Mereka mendapati awan debu yang tebal memberi peningkatan terhadap cas eletrostatik. Partikel di dalam awan bergesel antara satu sama lain menghasilkan cas membentuk panahan kilat. Ini dipanggil triboelektrik.
Pendapat yang kedua menumpukan lebih kepada peranan ais kristal dalam di lapisan stratosfera. Kajian yang berbeza, pada kali ini pengkaji menjadikan panahan kilat yang berlaku ketika letusan Gunung Berapi Calbuco di Chile pada bulan April 2015. Dalam kes ini, panahan kilat kedengaran lebih dari lebih kurang 100 kilometer dari letusan berlaku dan berdekatan hampir kepada lapisan stratosfera setinggi lebih kurang 20 kilometer atas permukaan bumi. Hal ini menyebabkan pengkaji berpendapat bahawa ais yang terbentuk di pada lapisan atas dalam awan debu yang tebal itu, di mana juga membawa wap air menghasilkan panahan kilat seperti mana awan kilat biasa hasilkan.
Letusan Gunung Berapi Calbuco yang terakam pada April 2015 |
Benjamin Franklin dan pengalir kilat.
Benjamin Franklin mencipta pengalir kilat pada kurun ke-18. Apabila petir muncul dan menyambar bangunan, ia biasanya menyambar pengalir tersebut dan cas dialirkan melalui wayar ke bumi.
Bahaya berada di tanah lapang ketika petir berlaku!!!!!
Ketika petir, cas akan menyambar objek paling tinggi di atas tanah. Jika kamu berdiri di kawasan lapang ketika petir, kamu akan menjadi objek paling tinggi dan berisiko di panah petir.
Selain itu, ketika berlaku petir diingatkan jangan berteduh di bawah pokok. Disebabkan pokok adalah tinggi, ia mudah dipanah petir. Mungkin kita akan terkena panahan sisi. Di samping itu, kalau petir terkena pokok, ia mungkin akan tumbang menghempap kita.
Kalau berada di luar rumah ketika petir, carilah tempat berteduh seperti bangunan ada penebat cahaya, gua dan kereta.
Kenapa kita nampak kilat dahulu sebelum mendengar bunyi guruh?
Ini kerana cahaya bergerak lebih laju daripada bunyi. Cahaya bergerak lebih kurang 300,000 kilometer (km) per saat. Kelajuan bunyi pula 343 meter (m) per saat. Kita biasanya dapat ihat kilat sejurus nyahcas berlaku. Lebih jauh kita berada, lebih lama kita boleh dengar bunyi guruh.
INFO---- Berdasarkan kiraan kasar, jika kita dapat mendengar guruh lima saat setelah melihat kilat, maknanya petir dinyahcas di altitude 1.7 km.
Tags:
Fenomena Meteorologi