10 Alat Muzik Paling Mahal Di Dunia

10. SITAR

Hari ini, sitar banyak digunakan utuk muzik klasik di Pakistan dan India. Alat ini membawa sentuhan terma Parsi dalam muzik dan merupakan alat  penting untuk mencipta sebuah muzik klasik. Sitar terbaik adalah daripada Herman Calcutta berharga antara  AS$3,600 (RM13,000) hingga AS$14,000 (RM49,000).

9. SAKSOFON

Saksofon paling mahal di dunia yang pernah dijual adalah milik pemain saksofon legenda yang dilelong pada harga AS$30,000 (RM105,000) dan AS$35,000 (RM122,000).

8. KEYBOARD


Harga sebuah keyboard sebenar dengan semua ciri mampu mencecah lebih AS$15,000 (RM52,000). Ia mahal kerana memainkan peranan penting dalam komposisi lagu dan biasanya digunakan golongan professional.

7. KLARINET

Klarinet milik Benny Goodman baru-baru ini dijual pada harga AS$25,000 (RM87,000) dan satu lagi bernilai AS$16,250 (RM57,000).

6. TROMPET

Trompet palin mahal dijual adalah trompet kegemaran milik pemain muzik, Dizzy Gillespie. Ia bernilai AS$31,000 (RM108,000) dan sebuah lagi dijual pada harga AS$55,000(RM191,000).

5. GITAR ELEKTRIK

Gitar paling mahal adalah 1949 Bigsby yang dijual pada nilai AS$266,500 (RM928,000).

4. GITAR AKUSTIK

Gitar bersejarah dihasilkan Eric Clapton pada tahun 1970 yang menggabungkan tiga model gitar Fender Stratocasters membentuk sebuah gitar, Berjaya dilelong pada harga AS$959,000 (RM3.3 Juta). Selain itu, gitar Stratocasters juga pernah dijual pada AS$3.7 juta.

3. SET DRAM

Antara set dram termahal yang pernah terjual bernilai AS$50,000 (RM174,000) kerana ia terdiri daripada emas. Selain itu terdapat banyak jenama set dram yang mahal seperti Tama Ash.

2. PIANO

Piano paling mahal terjual adalah milik John Lennon dan isterinya Yoko Ono. Piano model Z jenama Steinway itu sangat dikagumi kerana pernah dipaparkan dalam sebuah lagunya ‘Imagine’. Ia dijual kepada George Michael pada harga AS$2.08 juta (7.3 juta).

1. BIOLA

Nama Stradivari adalah antara biola terbaik dan Antonius Stradivari telah mengeluarkan lebih 1,000 biola yang hebat. Bagaimanapun, biola paling mahal terjual adalah daripada jenis Giuseppe Guarneri iaitu bernilai AS$4 juta (RM14 juta).

Post a Comment

Previous Post Next Post