Apa itu Ropen?
Cerita mengenai raksasa terbang Ropen bermuls dari penduduk kampung di Papua New Guinea. Lebih 50 saksi mendakwa pernah melihat burung raksasa ganas dan menakutkan. Bukaan kepaknya kira-kira tiga hingga 4.5 meter. Ia juga mempunyai gigi tajam seperti pisau, kuku tajam dan ekor seperti cemeti.
Apakah aktiviti Ropen?
Menurut penduduk tempatan, pada waktu siang Ropen berada di kawasan hutan pedalaman atau di dalam gua tebing tinggi. Kemudian keluar memburu pada waktu malam. Kebiasaannya ia makan ikan laut dan jarang menyerang manusia.
Mengapa Ropen dikatakan sebagai salah satu haiwan pra-sejarah dipanggil “pteranodon”
Selain penduduk tempatan, adakah saksi lain?
Selepas khabar angin mengenai Ropen tersebar luas, ramai pengembara mencari kesan Ropen di Papua New Guinea. Hasil kajian paling berhasil adalah daripada David Woetzel seorang pengembara Amerika dan Jim Blume seorang mubaligh. Setiap kewujudan Ropen direkodkan berserta gambar ‘Ropen’ terbang.
Mereka berpendapat hutan primitive di Papua New Guinea adalah habitat dua spesies pterosaur yang pupus iaitu Dimorphodon dan Rhamphorhynchus.
Betulkah Ropen wujud?
Ramai ahli zoologi tidak percaya akan Ropen ialah spesies pterosaur yang sedang pupus. Mereka berpendapat burung misteri di Papua New Guinea itu adalah mungkin spesies ungggas yang belum ditemui.
Rakaman video yang ditangkap pada 22 Jun 2015 di Kanada |
Tags:
Selami Mitos