Raksasa Ribuan Tahun

Penggunaan beg plastik dalam kehidupan seharian kita tidak dapat dinafikan lagi. Beg plastik merupakan ciptaan manusia yang telah memudahkan aktiviti harian manusia.
Namun disebalik itu, beg plastik juga boleh dianggap sebagai ciptaan manusia paling teruk dalam sejarah penciptaan sejarah manusia. Biasanya sampah sarap akan ditanam di dalam tanah. Kemudian, mikroorganisma akan mengurai sampah untuk menjadi sebahagian daripada alam semula jadi. Sampah mengambil tempoh yang berbeza untuk terurai sepenuhnya. Contohnya seperti kertas mengambil masa 6 minggu untuk terurai manakala tin mengambil masa 30-50 tahun.
Plastik merupakan bahan buatan manusia yang sukar diurai. Mengikut anggaran, beg plastik mengambil masa 500-1000 tahun untuk terurai. Hal ini mengakibatkan tanah akan didominasi oleh beg plastik dan tidak dapat digunakan. Rumput juga tidak dapat tumbuh di situ. Sekiranya manusia secara terus menerus menggunakan beg plastik, bumi pasti akan ditenggelami beg plastik suatu hari nanti.
Plastik mempunyai rupa bentuk yang fleksibel, ringan, versatile, nipis, boleh dijadikan beg pakai buang, mudah dibentuk, mempunyai saizy yang pelbagai, murah serta mudah untuk didapati. Namun, pernahkah anda terlintas di benak kita kesan penggunaan plastik?

Apakah sisa pepejal yang paling banyak dibuang setiap hari?

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara, Datuk Nadzri Yahaya, 24 peratus daripada 19 ribu tan sisa pepejal yang dihasilkan oleh rakyat Malaysia setiap tahun adalah plastik.

Mengapa plastik dianggap sebagai ancaman kepada alam sekitar?

Seorang individu dianggarkan menggunakan lapan beg plastik setiap minggu. Plastik mengambil masa kira-kira 100 hingga 500 tahun untuk dilupuskan secara semula jadi. Pembuangan plastik ke dalam laut juga boleh menyebabkan kerosakan pada enjin bot jika tersangkut dan mengancam hidupan marin seperti penyu.

Mengapa plastik tidak ditanam atau dibakar sahaja?

Jika ditanam, beg plastik akan menyumbatkan tanah dan ia akan menyekat jalanan pengairan. Bahan toksik yang terkandung di dalamnya akan larut dan meresap ke dalam tanah lalu mencemarkan tanah dan air. Selain itu, jika beg plastik ditanam, tanah tersebut akan dipelopori oleh beg plastic kerana tempoh pereputan beg plastik sangat lama. Malah, rumput juga tidak akan tumbuh di situ.
Jika dibakar pula, kimia yang dibebaskan akan menjejaskan lapisan ozon, mengakibatkan pencemaran udara dan menjejaskan kesihatan orang ramai.

Apa lagi yang membimbangkan tentang beg plastik?

Plastik merupakan bahan yang diperbuat daripada sumber yang amat berharga iaitu minyak. Lebih banyak plastik yang digunakan pada hari ini, semakin berkuranglah bekalan minyak pada masa hadapan.

Fakta menarik tentang beg plastik

  1. Sebanyak 500 juta ke lima trillion beg plastik dihasilkan setiap tahun di seluruh dunia dan hanya satu peratus daripada jumlah itu dikitar semula.
  2. Setiap tahun, 100 ribu ekor penyu dan hidupan marin lain mati disebabkan beg plastik.
  3. Bandar Modbury di Devon, England merupakan bandar pertama di dunia bebas daripada beg plastik di Eropah.
  4. Jika hanya satu daripada lima orang di Malaysia tidak menggunakan beg plastik, kita dapat mengurangkan sebanyak 110,822,400,000 beg plastik sepanjang umur.
  5. Negara China telah mengharamkan pemberian beg plastik percuma. Ekoran iu, negara China akan menjimatkan 37 juta tong minyak.
Longgokan botol-botol plastik mencemari aliran longkang
Disebabkan sikap manusia yang sewenang-wenangnya
membuang plastik, hidupan lain turut menjadi mangsa.

Bagaimana hendak mengatasi masalah penggunaan barangan plastik secara berlebihan?

Dalam mengatasi masalah ini, sewajarnya usaha daripada pengguna itu sendiri merupakan kaedah yang lebih efektif berbanding daripada usaha kerajaan bagi mengatasi masalah ini. Berikut merupakan beberapa tips-tips bagi pengguna dalam usaha mengurangkan penggunaan barangan plastik secara berlebihan:-
  1. Gunakan beg yang boleh digunakan semula (beg mesra alam) ketika berbelanja di pasar-pasar raya.
  2. Jangan memakan gula-gula getah “chewing gum”. Chewing gum diperbuat daripada getah sintetik a.k.a plastik.
  3. Utamakan beli dalam bentuk kotak bukan botol. Seperti detergen dan produk-produk lain, terdapat banyak pilihan untuk pembelian produk tersebut sama ada dibungkus dalam kotak atau yang dibotolkan. Utamakan barangan yang dikotakkan berbanding barangan yang dibotolkan.
  4. Guna atau bawa bekas makanan anda sendiri ketika hendak membungkus makanan dari luar kerana kebiasaannya pihak penjual makanan akan membungkus makanan tersebut di dalam bekas styrofoam.
  5. Bungkus bekal makanan anda dengan bekas atau beg yang boleh digunakan semula daripada membungkusnya dalam beg plastik.
  6. Elakkan daripada membeli mana-mana makanan sejuk beku atau makanan ringan kerana kebanyakan pembungkusnya adalah diperbuat daripada plastik.
Keyword: Cara mengurangkan penggunaan plastik, plastik punca pencemaran alam sekitar, keburukan plastik, kemudaratan yang dibawa beg plastik,

Post a Comment

Previous Post Next Post