Fenomena meteorologi adalah keadaan iklim seperti angin dan hujan, ribut petir serta perubahan awan dan kabus. Perubahan dan keadaan atmosfera ini dikenali sebagai fenomena meteorologi. Meteorologi juga melibatkan kajian saintifik sains atmosfera termasuk fizik dan kimia atmosfera.
Seawal 340 Sebelum Masihi, ahli falsafah Greek, Aristotle menjelaskan keadaan cuaca berbeza dalam bukunya ‘Meteorology’. Ia dianggap antara buku pertama berkenaan meteorologi.
Apakah perbezaan cuaca dan iklim?
Cuaca ialah keadaan atmosfera dan sehari ke sehari, manakala iklim merujuk kepada corak pemboleh ubah meteorologi di suatu kawasan untuk jangka masa yang lama.
Adakah ramalan cuaca tepat?
Kajian meteorologi hari ini melibatkan peralatan canggih seperti satelit dan computer untuk mengumpul dan menganalisis data serta meramalkan perubahan dalam atmosfera dalam masa yang singkat. Namun begitu, ramalan cuaca masih tidak tepat sepenuhnya kerana pemboleh ubah di atmosfera sentiasa berubah.
Elemen yang mempengaruhi cuaca
- Suhu - Suhu udara dipengaruhi oleh cahaya matahari dan sudutnya, arus udara, jumlah awan serta bentuk muka bumi.
- Kelembapan - Kelembapan merujuk jumlah wap air dalam udara. Kelembapan tinggi atau rendah berkait rapat dengan kerpasan (hujan, hujan batu, salji dan sebagainya)
- Tekanan atmosfera - Tekanan atmosfera merupakan berat udara dalam atmosfera. Tekanan atmosfera rendah menambahkan peluang hujan. Tekanan atmosfera tinggi pula sebaliknya kerana angin bertiup dari kawasan tekanan atmosfera tinggi ke kawasan tekanan atmosfera rendah.
Fenomena meteorologi
Pelangi
Pelangi ialah fenomena optic dan meteorologi hasil daripada pantulan dan pembiasan cahaya matahari pada titisan air dalam atmosfera. Selalunya spektrum cahaya muncul di langit selepas hujan di mana pelangi muncul di bahagian berlawanan dengan matahari. Warna pelangi terdiri daripada merah, jingga, kuning, biru, indigo, dan ungu.
Logamaya
Logamaya muncul apabila sinaran cahaya bengkok untuk menghasilkan imej tersesar objek jauh atau langit. Udara sejuk lebih tumpat berbading udara panas dan mempunyai indeks biasan lebih besar. Apabila cahaya melalui udara sejuk ke udara panas, sinaran itu membengkok menjauhi arah kecerunan suhu. Iklim abnormal merupakan keadaan iklim sesuai pembentukan logamaya.
Halo
Fenomena optik di mana kristal ais membentuk lingungan berwarna dan tompokan di langit. Berbentuk bulatan atau bujur, warnanya sama seperti pelangi dengan jaluran merah, jingga, kuning, hijau, biru, indigo dan ungu. Halo biasanya terbentuk di sekeliling matahari atau bulan semasa cuaca berkabus.
Aurora
Cahaya semula jadi terbentuk di langit di kawasan altitud tinggi. Aurora biasanya mempunyai dua warna; merah dan hijau. Dalam atmosfera altitude tinggi, perlanggaran partikel bercas dengan atom berlaku. Partikel bercas asalnya dari magnetosfera, angin suria dan Bumi. Partikel dihalakan oleh medan magnet Bumi ke atmosfera.
Fenomena tidak disahkan
Kilat bebola
Fenomena ini sangat arang berlaku. Pembentukan kilat bebola tidak dapat disahkan walaupun terdapat laporan daripada saksi seluruh dunia, malah tiada bukti kukuh mengenai kewujudannya. Menurut saksi, ia berbentuk sfera dan terapung di udara berdiameter 15 hingga 40 sentimeter, berwarna merah atau kuning dan kekal di langit untuk beberapa ketika.
Objek jatuh dari langit.
Cuba teka objek apakah yang jatuh dari langit tetapi bukan hujan atau salji? Apabila bercakap pasal objek jatuh dari langit, ikan ialah benda yang paling kerap didengar jatuh ke bumi. Selain itu, katak, labah-labah dan benda lain juga pernah dilaporkan jatuh dari langit. Fenomena ini mungkin disebabkan benda-benda ini diterbangkan ke langit ketika puting beliung berlaku akhirnya jatuh di tempat lain setelah putting beliung hilang.
Tags:
Fenomena Meteorologi