10 Terusan Bandar Tercantik

Bila bercakap tentang Terusan yang cantik, pastinya Venice adalah yang pertama muncul di fikiran. Namun sebenarnya terdapat banyak lagi Terusan lain yang indah dengan budaya pelbagai. Cara tercantik di dunia selain Venice.

10. Birmingham

Kelahiran terusan di bandaraya Britain adalah disebabkan industri. Pada asalnya, ia dibina untuk mengangkut barang di sekitar bandar dan beberapa bandar lain semasa revolusi perindustrian. Kini, pelancong lebih tertarik untuk melawati jalan air ini. Birmingham juga dikatakan mempunyai lebih banyak teruskan berbanding Venice.

9. Tigre

Digelar sebagai New York, Tigre di Argentina ini adalah sebuah komponen Venice sebelum pembangunan. Terdiri daripada Pulau kecil di delta Sungai Parana, Tigre terletak kira-kira 32 kilometer dari Buenos Aires.

8. Suzhou

Terletak di tengah Delta Yangtze, Suzhou mengembalikan kesan sejarah ke abad 5 sebelum Masihi. Bandar bersejarah ini menawarkan pelbagai seni bina dan budaya China.

7. Stockholm

Bandar Stockholm sweden ini dibina di atas beberapa pulau dengan terusan dan jambatan yang menghubungkannya. Sering digelar Beauty on Water, satu pertiga daripada Stockholm terdiri daripada air.

6. Bruges

Merupakan bandar di zaman pertengahan di Belgium dan diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO. Bruges dikelilingi satu rangkaian terusan dipanggil Bruges Egg.

5. Annecy

Diberi jolokan Venice of the Alps, terusan ini terletak di wilayah Haute-Savoie, Perancis, di sepanjang tasik Annecy yang juga salah satu tasik terbersih di dunia.

4. Alapphuza

Dikenali sebagai Venice of the East, Alappuzha adalah sebuah bandar di negeri Kerala, dekar selatan India. Terletak berhampiran laut Arab, bandar ini terkenal dengan terusan, yang asalnya digunakan untuk mengangkut sabut.

3. St. Petersburg

Bandar kedua terbesar di Rusia, St. Petersburg adalah tempat kepada Terusan yang menghubungkan Laut Baltik dan Sungai Neva.

2. Amsterdam


Sering dipanggil in Venice of the North, Amsterdam yang merupakan ibu negara Belanda adalah sebuah bandar tercantik di Eropah. Mempunyai terusan lebih banyak berbanding Venice dengan lebih 1,000 jambatan menghubungkannya

1. Hamburg

Pelabuhan terbesar di Jerman yang merupakan tempat pertemuan antara klasik dan moden. City of Bridges dan dikelilingi air. Sungai Alster dan Elbe menjadi tulang belakang perairan di sini.

Post a Comment

Previous Post Next Post