Kera Hantu



Kera hantu merupakan mamalia dan primat. Terdapat 8 spesies setakat ini dan secara amnya dibahagi kepada tiga generasi. Kera Hantu diberi gelaran’tarsier’. Gelaran ini diberikan kerana matanya yang besar menyerupai cermin mata lama.

Taburan


Kera hantu pernah terdapat di Asia, Eropah dan Amerika Utara. Kini, kera hantu hanya terdapat di beberapa kepulauan Asia Tenggara termasuk Filipina, Sulawesi, Borneo-Malaysia dan Sumatera.

Karakteristik

Kera Hantu mempunyai panjang badan 10 hingga 15 cm dan berat 150 gram. Ekornya berukuran antara 14 hingga 28 cm dan ia dua kali ganda panjang badannya.Setiap satu matanya mempunyai berat 3 gram, lebih berat daripada otaknya. Mata kera hantu berfungsi dengan baik pada waktu petang kerana boleh menyerap cahaya yang akan membesarkan matanya. Matanya juga tidak boleh bergerak dalam soket, ia hanya boleh memusingkan kepala 180 darjah untuk melihat sekeliling.

Ekologi

Biasanya tinggal di kawasan hutan pantai tropika dan subtropika. Ia haiwan nokturnal (aktif pada waktu malam) yang gemar tidur atas dahan pokok pada waktu siang dan memburu pada waktu malam. Makanannya termasuk serangga, labah-labah, cicak, katak dan kelawar. Ada juga yang makan ular. Kera hantu melompat seperti katak dan mampu melompat sehingga beberapa meter kerana kakinya dua kali ganda panjang badannya. Ia boleh menangkap mangsa dengan pantas. Kera hantu lazimnya hidup berpasangan dan melahirkan anak dalam setahun.

Klasifikasi

Terdapat 16 famili, 75 generasi dan 446 spesies primat sehingga kini. Antara ahli prosimia yang wujud termasuklah lemur, kongkang, galago dank era hantu. Spesies ini biasanya kecil, insektivor, nokturnal dan mempunyai kepintaran lebih rendah haiwan kuat dan pantas tetapi prosimia yang lebih banyak berevolusi merupakan haplorhine.

Post a Comment

Previous Post Next Post